awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Mohd Ismail angkat sumpah ADUN Lamag
Pesta pantun HAWANA-DBP 2026 pelawa penyertaan warga media
EKSKLUSIF: JSPT cadang 'dashcam' diwajibkan, pemberi maklumat diberi merit termasuk diskaun saman
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Anak ikan paus kelasa mati terdampar di Labuan

Bernama
Bernama
25/12/2015
00:53 MYT
Anak ikan paus kelasa mati terdampar di Labuan
Anak ikan paus kelasa ditemui mati terdampar di pantai Kampung Sg Labu hari ini. - Foto BERNAMA
Seekor anak ikan paus kelasa ditemui mati terdampar di pantai Kampung Sg Labu pada Khamis.
Para pegawai menganggarkan bahawa haiwan sepanjang 6.1 meter itu berusia kira-kira lebih setahun dan telah mati apabila ditemui terdampar di pantai.
Pengarah Jabatan Perikanan Labuan Anuar Salam Sulaiman memberitahu Bernama punca kematian adalah tidak jelas dan laporan telah diserahkan kepada ibu pejabat Jabatan Perikanan di Putrajaya untuk siasatan terperinci.
"Tiada tanda-tanda trauma, seperti tanda kipas tetapi pasukan dari ibu pejabat akan menjalankan penyiasatan dengan memberi tumpuan kepada punca kematian, sama ada haiwan itu ditangkap atau terperangkap dalam jala atau dilanggar kapal pukat tunda," katanya.
Anuar berkata, sampel haiwan itu juga akan diambil dalam siasatan untuk menentukan keluarga haiwan itu dan habitat asalnya.
"Ia terlalu muda untuk mati secara semula jadi. Ia amat mengejutkan dan sangat menyedihkan," kata beliau.
Penduduk kampung menemui paus itu kira-kira 10 pagi tadi dan insiden itu menarik ramai penduduk kampung untuk melihat haiwan itu, dan ada sesetengah penduduk yang bergambar bersama bangkai haiwan itu.
Anuar berkata bangkai ikan paus itu akan ditanam esok di kawasan jauh dari pantai Kampung Sg Labu supaya ia tidak reput dengan cepat.
"Buat masa ini, sementara menunggu untuk pasukan bedah siasat dan pasukan menyiasat tiba, kami perlu menanam paus itu. Bangkainya akan akan digali semula untuk bedah siasat dijalankan," katanya.
Topic Berkaitan
#ikan paus
#Labuan
#Sg Labu
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan