awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Konflik Asia Barat: Serangan di Iran tidak capai tahap ‘hari paling sengit’ seperti diancam Hegseth
Ringgit dibuka tinggi berbanding kumpulan mata wang utama, tidak berubah berbanding dolar AS
Konflik Asia Barat: Serangan Israel di Jouya ragut nyawa Datuk Bandar, Ahli Majlis
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Anak Khamenei calon utama jadi Pemimpin Agung Iran

Astro AWANI
Astro AWANI
04/03/2026
07:02 MYT
Anak Khamenei calon utama jadi Pemimpin Agung Iran
Mojtaba Khamenei muncul sebagai pilihan utama untuk menjadi pemimpin agung Iran seterusnya. - Gambar/ Reuters

Mojtaba Khamenei, anak kepada Pemimpin Agung Iran Ali Khamenei yang terbunuh dalam serangan udara Amerika Syarikat (AS) dan Israel minggu lepas, muncul sebagai calon utama untuk menjadi pemimpin agung Iran seterusnya, lapor Sputnik/RIA Novosti yang memetik laporan akhbar The New York Times yang turut merujuk kepada pegawai Iran.

Tokoh agama kanan yang bertanggungjawab memilih pemimpin agung Iran yang baharu, mengadakan pertemuan pada Selasa bagi membincangkan perkara itu, dan anak lelaki kepada bekas pemimpin yang terbunuh itu muncul sebagai calon pilihan utama, menurut laporan berkenaan pada Selasa.

Kemungkinan untuk mengisytiharkan Mojtaba Khamenei sebagai pengganti bapanya dipertimbangkan seawal pagi Rabu, namun timbul kebimbangan bahawa langkah itu boleh menjadikannya sasaran AS dan Israel, menurut laporan itu.

Pada 28 Feb, AS dan Israel melancarkan beberapa siri serangan ke atas sasaran di dalam Iran, termasuk di Tehran, dengan laporan mengenai kemusnahan serta kematian orang awam. Televisyen kerajaan Iran mengesahkan kematian pemimpin agungnya. Iran kemudian bertindak balas dengan melancarkan serangan peluru berpandu ke atas wilayah Israel serta kemudahan ketenteraan AS di Timur Tengah.

-- BERNAMA-SPUTNIK/RIA NOVOSTI

Topic Berkaitan
#Perang Iran-Israel 2026
#Konflik Timur Tengah Terkini
#Pemimpin Agung Iran baru
#Anak Khamenei
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan