awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
YKM peruntuk RM5 juta tahun ini bantu 1,000 anak yatim kehilangan ibu bapa akibat COVID-19
HIMS tidak kawal aspek perundangan dalam urus niaga perumahan - Majlis Peguam
Pesakit tibi tidak patuh jadual rawatan, cabaran utama tangani penularan – Pakar kesihatan awam
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Anak lelaki meninggal dunia, wanita dakwa pusat jagaan cuai

Bernama
Bernama
09/03/2015
00:53 MYT
Anak lelaki meninggal dunia, wanita dakwa pusat jagaan cuai
Kee Shao Ming, 7, meninggal dunia di Hospital Sultan Ismail (HSI) selepas muntah dan pengsan di pusat jagaan itu.
Seorang wanita hari ini mendakwa sebuah pusat jagaan kanak-kanak di Austin Perdana di sini gagal menjalankan prosedur kecemasan yang sewajarnya hingga menyebabkan anak lelakinya meninggal dunia akibat tercekik makanan ketika dalam jagaan pusat itu.
Ong Kai Yun, 32, berkata Kee Shao Ming, 7, meninggal dunia di Hospital Sultan Ismail (HSI) di sini, Jumaat lepas selepas muntah dan pengsan di pusat jagaan itu.
"Saya menerima panggilan telefon pada kira-kira 8 pagi daripada petugas pusat jagaan itu yang memberitahu anak saya muntah dan pengsan.
Petugas itu kemudian menghantar anak saya ke HSI.
"Selepas 12 jam dirawat, pada kira-kira 8 malam doktor mengesahkan anak saya meninggal dunia akibat tercekik cekodok pisang, sarapan yang saya bekalkan kepada anak saya," katanya kepada pemberita di rumahnya di Taman Setia Indah di sini, hari ini.
Ong berkata beliau amat kecewa dengan sikap petugas pusat jagaan itu yang tidak memaklumkan kepada pihak hospital mengenai keadaan anaknya ketika makan sebelum kejadian itu berlaku.
Ong dan suaminya, Kee Yong Wen, 43, juga hanya mengetahui anak mereka tercekik cekodok pisang setelah dimaklumkan pihak hospital.
"Petugas itu sepatutnya terus memberitahu pihak hospital bahawa anak kami sedang makan semasa kejadian berlaku, dan tidak cuai tentang perkara ini," katanya.
Sehubungan itu, Ong membuat satu laporan polis di Balai Polis Setia Indah di sini semalam dan berharap mendapat penjelasan daripada pihak pusat jagaan mengenai prosedur keselamatan mereka, yang didakwanya sebaga longgar.
Menurutnya beliau menghantar anak lelakinya dan seorang lagi anak perempuannya berusia 8 tahun ke pusat jagaan itu sejak Disember lepas.
Kedua-dua anaknya hanya berada di pusat jagaan berkenaan pada sebelah pagi sebelum bersekolah di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Foon Yew 5 pada sebelah petang.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Johor Baharu Selatan ACP Sulaiman Salleh berkata kes itu diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR).
Topic Berkaitan
#austin perdana
#cekodok
#hsi
#Kanak-kanak
#Kee Shao Ming
#ong kai yun
#pusat jagaan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan