awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Presiden Iran sahkan penyertaan Tehran dalam rundingan di Islamabad
Semua calon cemerlang 10A SPM 2025 ditawar program matrikulasi - KPM
Konflik Asia Barat: Pengeksport Malaysia digesa amalkan pendekatan proaktif, adaptif
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Anak pengasuh didakwa lakukan amang seksual terhadap bayi 10 bulan

Bernama
Bernama
06/08/2024
07:55 MYT
Anak pengasuh didakwa lakukan amang seksual terhadap bayi 10 bulan
Pertuduhan mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan boleh dikenakan sebatan, jika sabit kesalahan. - Gambar hiasan
KUALA LUMPUR: Seorang anak pengasuh mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini kerana melakukan amang seksual fizikal terhadap seorang bayi perempuan berusia 10 bulan, bulan lepas.
Lelaki berusia 20 tahun itu didakwa melakukan perbuatan tersebut di sebuah rumah di Jalan Hamzah Kampung Baru, Dang Wang di sini pada 10 pagi, 31 Julai.
Pertuduhan mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan boleh dikenakan sebatan, jika sabit kesalahan.
Timbalan Pendakwa Raya Shakira Aliana Alias menawarkan jaminan RM15,000 dengan seorang penjamin serta syarat tambahan tertuduh tidak mengganggu mangsa, keluarga dan saksi kejadian selain melapor diri di balai polis berdekatan sebulan sekali serta menyerahkan pasport ke mahkamah sehingga kes selesai.
Peguam Azi Azlin Zulkifli yang mewakili tertuduh memohon jaminan rendah atas alasan tertuduh masih belajar dan menghidap leukemia.
"Berdasarkan rekod kesihatan tertuduh, adalah wajar untuk mahkamah memberikan jaminan paling minimum kerana anak guam masih belum didapati bersalah," katanya.
Hakim Mohd Kafli Che Ali membenarkan tertuduh diikat jamin RM6,000 serta syarat tambahan seperti dipohon pihak pendakwaan dan menetapkan 24 Sept ini untuk sebutan kes.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#anak pengasuh
#amang seksual
#bayi
#cabul bayi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan