awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Polis sekat komunikasi tahanan Pakistan lolos dari Penjara Sungai Buloh
Kamus Dewan Perdana versi web kini boleh diakses
'Stor burger lebih cantik'- Saifuddin arah naik taraf segera pondok keselamatan sempadan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Anggota Kongres AS gesa Lubnan dilibatkan dalam perjanjian gencatan senjata

Bernama
Bernama
09/04/2026
03:34 MYT
Anggota Kongres AS gesa Lubnan dilibatkan dalam perjanjian gencatan senjata
Kurang 24 jam gencatan senjata antara Amerika Syarikat dan Iran pada Rabu, Israel berdegil dan melancarkan serangan ke atas Lubnan. - Gambar/ AP
Seorang anggota Kongres Amerika Syarikat (AS) pada Rabu menggesa pentadbiran Trump supaya mendesak perluasan gencatan senjata di Asia Barat, sambil memberi amaran bahawa keganasan berterusan di Lubnan berisiko memburukkan konflik serta meningkatkan krisis kemanusiaan, lapor Anadolu Ajansi (AA).
“Lubnan mesti dimasukkan dalam gencatan senjata yang rapuh ini,” kata Yassamin Ansari menerusi platform X.
Kenyataan beliau dibuat sejurus selepas serangan Israel ke atas Lubnan mengorbankan lebih 250 orang.
“Pengeboman dahsyat dan pembunuhan ratusan orang awam di Beirut dan tempat lain oleh Netanyahu perlu dihentikan serta-merta,” kata Ansari, merujuk Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu.
Beliau menggesa Presiden Donald Trump dan Naib Presiden JD Vance menggunakan pengaruh mereka.
AS dan Iran pada Selasa mengumumkan gencatan senjata selama dua minggu yang bertujuan membuka jalan kepada perjanjian muktamad bagi menamatkan perang yang dilancarkan Washington dan Tel Aviv terhadap Tehran pada 28 Feb, mengorbankan serta mencederakan ribuan orang.
Walaupun pengantara utama, Pakistan berkata gencatan senjata itu merangkumi Lubnan, kedua-dua AS dan Israel menyatakan bahawa perjanjian itu tidak melibatkan negara berkenaan.
-- BERNAMA-ANADOLU
Topic Berkaitan
#konflik Asia Barat
#gencatan senjata
#lubnan
#Donald Trump
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan