awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
MOTAC cadang MAHB cari kaedah pastikan harga barangan, makanan di lapangan terbang berpatutan
SEAFIC lakar hala tuju rantau ini bagi dekad akan datang - Tengku Zafrul
Bursa Malaysia ditutup rendah berikutan pengambilan untung
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Anggota kongsi gelap 'Double Seven', Tiger Snook dicekup polis

Bernama
Bernama
08/09/2016
23:35 MYT
Anggota kongsi gelap 'Double Seven', Tiger Snook dicekup polis
Tiger Snook dipercayai aktif melakukan aktiviti memeras ugut dan meminta wang perlindungan di sekitar Klang. - Gambar fail
Polis Kuala Lumpur berjaya menahan seorang lelaki dipercayai orang kanan kumpulan kongsi gelap 'Double Seven' (77) di Taman Rashna, Klang, pada Khamis.
Sumber polis berkata lelaki berusia 38 tahun dikenali sebagai Tiger Snook, ditahan kerana mencederakan orang di dua premis hiburan di sekitar Dang Wangi di sini pada bulan lepas.
"Lelaki itu mempunyai dua rekod jenayah lampau dan pernah terlibat dalam pergaduhan di tapak pasar malam di Klang dengan menunjukkan objek menyerupai pistol pada bulan Ramadan lalu," katanya ketika dihubungi Bernama di sini Khamis.
Hasil risikan polis, Tiger Snook yang dipercayai aktif melakukan aktiviti memeras ugut dan meminta wang perlindungan di sekitar Klang itu berjaya ditahan oleh sepasukan pegawai dan anggota Bahagian Siasatan Jenayah Maksiat, Judi dan Kongsi Gelap (D7) Kuala Lumpur.
Pada 31 Ogos lepas, Tiger Snook juga dipercayai telah menumbuk dan menendang seorang pelanggan di luar sebuah premis hiburan di Jalan Sultan Ismail di sini pada pukul kira-kira 1.30 pagi kerana berlaku salah faham.
Lelaki itu disiasat di bawah Seksyen 147 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan, katanya.
Topic Berkaitan
#dicekup polis
#Double Seven
#kongsi gelap
#Tiger Snook
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan