awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
YKM peruntuk RM5 juta tahun ini bantu 1,000 anak yatim kehilangan ibu bapa akibat COVID-19
HIMS tidak kawal aspek perundangan dalam urus niaga perumahan - Majlis Peguam
Pesakit tibi tidak patuh jadual rawatan, cabaran utama tangani penularan – Pakar kesihatan awam
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Anggota tentera didakwa cabul remaja perempuan di kedai vape

Bernama
Bernama
19/11/2021
08:34 MYT
Anggota tentera didakwa cabul remaja perempuan di kedai vape
Zynetlee Von Zim, 27, mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Nur Maizan Rahim. - Gambar/ Sinar Harian
KUALA LUMPUR: Seorang anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM) hari ini dihadapkan ke Mahkamah Majistret Ampang atas pertuduhan mencabul kehormatan seorang remaja perempuan di sebuah premis menjual vape di Taman Keramat di sini, bulan lepas.
Bagaimanapun, Zynetlee Von Zim, 27, mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Nur Maizan Rahim.
Lelaki itu didakwa menggunakan kekerasan jenayah bagi maksud mencabul kehormatan remaja berusia 18 tahun di sebuah kedai vape di Taman Keramat, di sini, pada 1.28 tengah hari, 5 Okt lepas mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 10 tahun atau denda atau sebatan atau mana-mana dua daripada hukuman itu, jika sabit kesalahan.
Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Nurul Ameera Sam Kamaruddin mencadangkan jaminan RM10,000 dengan seorang penjamin berserta syarat tambahan tertuduh dilarang mengganggu saksi pendakwaan dan melaporkan diri ke balai polis berdekatan serta pasportnya diserahkan kepada mahkamah sehingga kes selesai.
Peguam Adi Zulkarnain Zulkafli yang mewakili Zynetlee memohon jaminan rendah atas alasan anak guamnya masih menanggung keluarga di Sabah dan isterinya baru melahirkan anak.
Mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin RM4,000 dengan seorang penjamin dan perlu melaporkan diri ke balai polis sebulan sekali serta menetapkan 12 Jan 2022 untuk sebutan semula kes.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Anggota tentera
#cabul
#kedai vape
#mahkamah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan