awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Lelaki, wanita ditemukan maut dalam kebakaran rumah di Skudai
Israel didakwa guna senjata suhu melampau di Gaza, hampir 3,000 penduduk ‘hilang’
Tiada individu atasi undang-undang, dakwaan libat Ketua Pesuruhjaya SPRM diteliti - Kulasegaran
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Anggota untuk kawal keselamatan Dr Mahathir tidak ditarik balik - KPN

Bernama
Bernama
06/11/2017
00:20 MYT
Anggota untuk kawal keselamatan Dr Mahathir tidak ditarik balik - KPN
Pihak polis masih mengekalkan anggota UTK bagi mengiring dan mengawal keselamatan Dr Mahathir (gambar) termasuk di rumah. - Gambar fail
Dakwaan kononnya anggota Unit Tindakan Khas (UTK) Polis Diraja Malaysia yang bertugas mengawal keselamatan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad telah ditarik balik adalah tidak benar, kata Ketua Polis Negara Tan Sri Mohamad Fuzi Harun.
Beliau berkata pihaknya masih mengekalkan anggota UTK bagi mengiring dan mengawal keselamatan Dr Mahathir termasuk di rumah.
"Mana ada UTK (ditarik), polis masih kekalkan anggota UTK (mengawal keselamatan) untuk Dr Mahathir," katanya ketika dihubungi Bernama di sini, malam tadi.
Mohamad Fuzi berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan yang dimuat naik Dr Mahathir di laman sosialnya kononnya anggota UTK yang ditugaskan untuk mengawal keselamatannya telah ditarik balik pada Rabu lepas.
Kenyataan dimuat naik bekas perdana menteri itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang menganggap tindakan itu keterlaluan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Ketua Polis Negara
#KPN
#Mahathir Mohamad
#Perdana Menteri
#polis
#Polis Diraja Malaysia
#Unit Tindakan Khas
#UTK
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan