awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Penganjuran Terbuka Malaysia lebih mencabar
Pahang rekod kehadiran 15.2 juta pelancong pada 2025
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Angin kencang punca pokok tumbang di sekitar Kota Kinabalu

Bernama
Bernama
18/10/2017
14:00 MYT
Angin kencang punca pokok tumbang di sekitar Kota Kinabalu
Anggota Bomba dan Penyelamat membersihkan dahan pokok yang tumbang ekoran angin kencang melanda beberapa kawasan di sekitar pusat bandar Kota Kinabalu hari ini. --fotoBERNAMA
Hujan lebat serta angin kencang yang melanda beberapa kawasan di sekitar pusat bandar ini menyebabkan beberapa insiden pokok tumbang, namun setakat ini tiada kemalangan jiwa atau banjir kilat dilaporkan.
Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Sabah (JBPM) Sabah berkata setakat ini pihaknya menerima lapan pangilan kecemasan berhubung insiden pokok tumbang ekoran hujan lebat serta angin kencang sejak 1 tengah hari tadi.
"Hujan lebat dan angin kencang itu menyebabkan ada pokok yang tumbang dan menghalang jalan di beberapa kawasan iaitu Sepanggar, Penampang dan Kota Kinabalu," katanya ketika dihubungi Bernama.
Beliau berkata sejurus mendapat panggilan daripada orang awam beberapa pasukan bomba telah diarahkan untuk melakukan operasi membersihkan kawasan yang terlibat.
Dalam perkembangan sama, JBPM Sabah berkata pihaknya merekodkan 110 kes pokok tumbang ekoran hujan lebat serta angin kencang yang melanda negeri ini, sejak Isnin lepas.
Pusat Gerakan Operasi JBPM Sabah dalam kenyataan malam ini berkata, 34 kes pokok tumbang direkodkan pada Isnin, 30 kes semalam dan 46 kes hari ini.
"Sebanyak 72 kes melibatkan pokok tumbang di jalan-jalan utama, 23 kes pokok tumbang menghempap rumah orang awam, 11 kes pokok tumbang terkena tiang elektrik dan empat kes pokok menghempap kenderaan," kata kenyataan itu.
Bagaimanapun, kenyataan itu menyebut kejadian tersebut tidak melibatkan sebarang kecederaan dan kemalangan jiwa.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#angin kencang
#banjir
#bomba
#hujan
#Kota Kinabalu
#Sabah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan