awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Selangor bakal terima RM3 juta dari FIFA?
[EKSKLUSIF] Situasi semakin serius, tingkap masa tindakan semakin sempit - Tengku Zafrul
Malaysia kutuk tindakan provokasi menteri Israel di Masjid Al-Aqsa
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Animasi medium dakwah segar, relevan - Zulkifli

Bernama
Bernama
07/04/2026
16:00 MYT
Animasi medium dakwah segar, relevan - Zulkifli
Zulkifli mengadakan pertemuan dengan Mohd Nizam (tengah), dengan turut disertai Ahmad Fauwaz (tiga, kanan) dan Namanzee (dua, kanan). - Foto Facebook Zulkifli
Animasi berpotensi menjadi medium dakwah yang segar serta relevan bagi menyampaikan nilai-nilai positif kepada masyarakat, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Dr Zulkifli Hasan.
Beliau berkata animasi mempunyai kuasa pengaruh yang besar sehingga mampu membentuk cara berfikir serta membawa masyarakat ke arah nilai dan arah yang lebih baik.
Sambil memuji filem animasi “Papa Pipi” terbitan Animonsta Studios Sdn Bhd (Monsta), Zulkifli berkata karya berkenaan bukan sahaja mendapat sambutan hangat, malah sarat dengan mesej dan tauladan yang positif.
"Menariknya, (Monsta) juga kini sudah menembusi pasaran antarabangsa seperti Indonesia dan Asia Barat. Ini bukti bahawa karya tempatan ada kelas tersendiri dan mampu pergi jauh," katanya menerusi satu hantaran di Facebook.
Terdahulu, beliau mengadakan pertemuan dengan pengasas bersama merangkap Pengarah Urusan Monsta Mohd Nizam Abdul Razak, yang terkenal dengan penerbitan animasi popular seperti BoBoiBoy, Papa Pipi (Papazola) dan Mechamato.
Turut hadir Mufti Wilayah Persekutuan Ahmad Fauwaz Fadzil serta Ketua Pegawai Eksekutif TV AlHijrah Namanzee Harris.
Mengulas perbincangan itu, Zulkifli berkata ia memfokuskan kepada satu misi penting iaitu meneroka ruang kolaborasi untuk memperkukuh usaha dakwah dan islah di Malaysia melalui medium animasi.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#animasi
#dakwah
#MONSTA
#industri kreatif
#Zulkifli Hasan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan