awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sony umum keluar dari pasaran perakam cakera Blu-ray
Kerajaan teliti kebolehlaksanaan Peguam Negara, Pendakwa Raya bertanggungjawab kepada Parlimen
Transformasi MAHB membuahkan hasil, kukuh kedudukan KLIA
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Anis Rizana, wanita pertama dilantik sebagai Ketua Pengarah Kastam

Bernama
Bernama
25/09/2023
05:05 MYT
Anis Rizana, wanita pertama dilantik sebagai Ketua Pengarah Kastam
Anis Rizana, 54, sebelum ini adalah Timbalan Ketua Setiausaha Perbendaharaan (Pelaburan) Kementerian Kewangan dan pelantikan itu adalah bagi menggantikan Datuk Zazuli Johan yang bersara. - Gambar/ Sinar Harian
PUTRAJAYA: Datuk Anis Rizana Mohd Zainudin@Mohd Zainuddin melakar sejarah menjadi wanita pertama dilantik sebagai Ketua Pengarah Kastam yang berkuat kuasa hari ini.
Anis Rizana, 54, sebelum ini adalah Timbalan Ketua Setiausaha Perbendaharaan (Pelaburan) Kementerian Kewangan dan pelantikan itu adalah bagi menggantikan Datuk Zazuli Johan yang bersara.
Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Zuki Ali yang mengumumkan pelantikan itu dalam kenyataan hari ini berkata Anis Rizana berpengalaman luas dalam pelbagai bidang termasuk pelaburan import eksport, penyelidikan dan pembangunan dasar, ekonomi, pengurusan dan kewangan.
"Pelantikan ini merupakan kali pertama bagi seorang penjawat awam wanita menyandang jawatan sebagai Ketua Pengarah Kastam, Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM).
"Saya percaya dengan pengalaman dan kredibiliti yang dimiliki, Anis Rizana mampu menerajui agensi yang amat penting dalam pengutipan hasil kerajaan dengan cemerlang ke arah mencapai visi Malaysia MADANI," kata Mohd Zuki.
Anis Rizana telah berkhidmat dalam perkhidmatan awam selama 29 tahun dengan jawatan pertama yang disandang sebagai Penolong Setiausaha, Bahagian Kewangan, Kementerian Kewangan pada 1994.
Beliau berkulusan Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan dari Western Michigan University, Amerika Syarikat dan Ijazah Sarjana Pentadbiran Perniagaan dari Universiti Putra Malaysia.
Sementara itu, Mohd Zuki berkata pihak kerajaan merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Zazuli atas jasa dan khidmat bakti beliau kepada perkhidmatan awam terutamanya sepanjang tempoh menjawat jawatan sebagai Ketua Pengarah JKDM.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Ketua Pengarah Kastam
#JKDM
#KP baharu
#wanita pertama
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan