awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Penganjuran Terbuka Malaysia lebih mencabar
Pahang rekod kehadiran 15.2 juta pelancong pada 2025
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Annuar Musa sahkan dirinya diarah kuarantin

Astro Awani
Astro Awani
24/09/2020
15:45 MYT
Annuar Musa sahkan dirinya diarah kuarantin
Tan Sri Annuar Musa mengesahkan dirinya telah diarahkan menjalani kuarantin di kediamannya di Kota Kinabalu. - Gambar fail/BERNAMA
Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN), Tan Sri Annuar Musa mengesahkan dirinya telah diarahkan menjalani kuarantin di kediamannya di Kota Kinabalu, Sabah.
Ia susulan beliau merupakan kontak rapat kepada Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Razlan Rafii yang didapati positif COVID-19.
"Saya telah menerima perintah pengawasan dan pemerhatian bagi kontak jangkitan COVID-19 dari Pejabat Kesihatan Kota Kinabalu,hari ini.
"Ini berikutan kontak dekat saya, Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Razlan Rafii kini disahkan positif. Dengan perintah ini, saya dikehendaki menjalani kuarantin di kediaman di Kota Kinabalu bagi tempoh tertentu," katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.
Annuar yang juga Koordinator Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah berkata, beliau telah menerima perintah pengawasan dan pemerhatian bagi kontak jangkitan COVID-19, dari Pejabat Kesihatan Kota Kinabalu, hari ini.
Pada dua hari lepas, Menteri Wilayah Persekutuan itu telah menjalani ujian COVID-19 di Hospital Kuala Lumpur (HKL) dan keputusan menunjukkan negatif.
Beliau juga telah menjalani ujian kedua COVID-19 di Jabatan Kesihatan Kota Kinabalu dan keputusannya dijangka diperoleh dalam sehari ke dua hari lagi.
Justeru katanya, beliau akan membatalkan semua jadual kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) di Sabah dan akan bertugas dari kediamannya.
Topic Berkaitan
#Annuar Musa
#Barisan Nasional
#COVID-19
#HKL
#Hospital
#kesihatan
#koronavirus
#Kota Kinabalu
#Kuala Lumpur
#majlis tertinggi
#pilihan raya
#PRN Sabah
#Razlan Rafii
#Sabah Memilih
#Tan Sri Annuar Musa
#UMNO
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan