awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Mohd Ismail angkat sumpah ADUN Lamag
Pesta pantun HAWANA-DBP 2026 pelawa penyertaan warga media
EKSKLUSIF: JSPT cadang 'dashcam' diwajibkan, pemberi maklumat diberi merit termasuk diskaun saman
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Anonymous Malaysia tidak lagi sepakat, sudah berpecah

Ian Johan Ariff
Ian Johan Ariff
16/08/2015
12:03 MYT
Anonymous Malaysia tidak lagi sepakat, sudah berpecah
Video lapan minit yang dimuat naik di sebuah akaun Youtube World of Buzz pada 10 Ogos bertekad untuk melumpuhkan laman web di Malaysia.
KUMPULAN yang menggelarkan diri mereka Anonymous Malaysia yang membuat ancaman perang siber terhadap Malaysia baru-baru ini, dikatakan sudah berpecah.
Maklumat awal yang diperoleh Open Web Application Security Project (OWASP) Malaysia mendapati ancaman tersebut dipercayai bermotifkan wang dan politik.
Menurut wakil OWASP Malaysia, Fazli Azran, akibat daripada motif tersebut, Anonymous Malaysia sudahpun berpecah dan serangan kini dilakukan kumpulan baharu yang dinamakan Anonymous Malaysia Team.
Anonymous Malaysia dalam satu video yang dikeluarkan beberapa hari lalu menyatakan mereka tidak menyokong serangan tersebut kerana ia bermotifkan politik.
Walaupun Anonymous Malaysia cuba mendesak supaya serangan tidak dilakukan, Anonymous Malaysia Team terus berdegil dan mahu meneruskan serangan yang dirancang pada 29 dan 30 Ogos ini.
Anonymous Malaysia Team kini sedang giat mengumpul penggodam dari China dengan menggunakan isu konspirasi kehilangan MH370 untuk menghasut mereka turut serta dalam serangan itu.
Selain China, Anonymous Malaysia Team turut mengajak penggodam dari Indonesia untuk menyerang laman web yang mempunyai kepentingan di Malaysia sekaligus melumpuhkan sistem rangkain internet di negara ini.
Pada 10 Ogos sebuah video diterbitkan kumpulan yang menggelarkan diri mereka Anonymous Malaysia mengumumkan perang siber terhadap kerajaan Malaysia.
Laman yang menjadi sasaran utama adalah NajibRazak.com, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM).
Serangan dilakukan untuk mendesak Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak meletak jawatan.
Anonymous turut mengancam untuk melancarkan serangan terhadap 150 laman web lain dalam tempoh 48 jam jika permintaan mereka ditolak.
OWASP adalah badan amal global bukan berdasarkan keuntungan yang memfokuskan keselamatan perisian komputer.
Topic Berkaitan
#Anonymous Malaysia
#Fazli Azran
#godam
#hackers
#keselamatan internet
#OWASP
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan