awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
ADUN Karambunai dakwa penganjuran festival Songkran di Kota Kinabalu bazirkan air
Lapangan terbang Arab Saudi persiap terima jemaah haji musim 1447H
MOT fokus tambah baik SOP sistem pengendalian bagasi KLIA
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Anthropic lancar Claude Design, perluas keupayaan AI dalam rekaan visual

Astro AWANI
Astro AWANI
20/04/2026
04:33 MYT
Anthropic lancar Claude Design, perluas keupayaan AI dalam rekaan visual
Claude Design membolehkan idea diubah kepada bentuk visual dengan lebih efisien, selain menyokong penggunaan elemen rekaan yang konsisten merentas pelbagai projek bagi mengekalkan identiti visual sesebuah organisasi. -Foto Amanz
Syarikat kecerdasan buatan, Anthropic, melancarkan penawaran baharu dikenali sebagai Claude Design, yang memfokuskan kepada penyelesaian rekaan visual bagi membantu pengguna menghasilkan prototaip dan bahan grafik dengan lebih pantas, lapor Amanz.
Melalui ciri berkenaan, pengguna boleh membangunkan reka bentuk pembentangan, dokumen serta prototaip produk secara langsung menerusi platform Claude, sekali gus menandakan kemasukan Anthropic ke dalam segmen rekaan digital yang sebelum ini dikuasai platform seperti Canva dan Figma.
Claude Design membolehkan idea diubah kepada bentuk visual dengan lebih efisien, selain menyokong penggunaan elemen rekaan yang konsisten merentas pelbagai projek bagi mengekalkan identiti visual sesebuah organisasi.
Ciri itu dikuasakan oleh model terbaharu Anthropic, Claude Opus 4.7, dan ditawarkan dalam mod pratonton penyelidikan kepada pelanggan pelan Claude Pro, Max, Team dan Enterprise bermula hari ini.
Sebelum ini, Anthropic lebih sinonim dengan penyelesaian pengaturcaraan dan analisis data menerusi siri model Claude. Pelancaran Claude Design mencerminkan peluasan fokus syarikat berkenaan ke dalam pasaran kreatif digital yang berkembang pesat.
Topic Berkaitan
#Anthropic
#Claude Design
#kecerdasan buatan
#AI Generatif
#rekaan visual
#teknologi
#inovasi digital
#perisian rekaan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan