awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
HKI 2026 platform didik masyarakat guna internet secara selamat, beretika
Syarikat tempatan perlu diberi keutamaan, peluang dalam projek AI - Sim
PBT Negeri Sembilan diarah bertindak segera atasi rumah ibadat tidak berlesen - Exco
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Anwar: Isu video raya bersama anjing tidak perlu dijadikan isu negara

Haider Yutim
Haider Yutim
04/08/2013
09:24 MYT
Anwar: Isu video raya bersama anjing tidak perlu dijadikan isu negara
Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini berpendapat bahawa isu video Aidilfitri pemilik anjing yang disebarkan di laman sosial baru-baru ini harus ditangani dengan nasihat.
Jelas beliau, isu tersebut tidak perlu diperbesarkan sehingga menjadi isu negara kerana ia boleh memberi gambaran yang tidak baik tentang keutamaan negara.
“Isunya bukan anjing-anjing tersebut... tetapi kerana ia dikaitkan dengan Aidilfitri. Jadi panggillah dia dan nasihati dia,” kata Anwar kepada pemberita di luar Ibu Pejabat PKR tengah hari tadi.
Menurutnya, pihak kerajaan telah bertindak keterlaluan terhadap video tersebut apabila menjadikannya sebagai isu negara.
Kata Anwar, banyak lagi isu yang perlu diambil serius seperti pembunuhan di Syria serta bekas Presiden Mesir Mohamed Morsi yang telah dinafikan menjadi presiden.
Beliau juga mendakwa terdapat pemimpin Islam dari Barisan Nasional (BN) yang memiliki saham dalam syarikat perjudian dan arak namun tiada tindakan yang diambil.
Anwar memberi respon terhadap kenyataan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) yang memutuskan status klip video ’1 Hari Di Hari Raya’ oleh Maznah Mohd Yusof atau Chetz adalah menghina Islam.
Beliau bagaimanapun mengiktiraf peranan Jakim, namun meminta badan itu memberi tumpuan kepada isu-isu yang lebih besar.
Chetz menjadi sasaran kritikan selepas video itu yang memaparkan dirinya bersama tiga ekor anjing tiga tahun lepas telah dimuat naik di YouTube.
Tindakannya itu mendapat kecaman umat Islam kerana video berkenaan menggunakan latar belakang suara takbir serta menjamu anjing-anjing terbabit dengan kuih raya.
Chetz telah direman pada Rabu di Bukit Beruntung, Selangor dan dibawa ke Balai Polis Segamat untuk siasatan mengikut Kanun Keseksaan dan Akta Hasutan.
Topic Berkaitan
#1 Hari Di Hari Raya
#anjing
#chetz
#isu negara
#JAKIM
#maznah yusof
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan