awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
KPDN perkukuh penguatkuasaan isu persaingan agensi pelancongan dalam talian
27 ditahan, 9 didakwa susulan kekecohan ketika protes bantah lawatan Presiden Israel ke Australia
Penganggur didakwa bunuh teman wanita
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Anwar menghadap Sultan Perak, pulang ke Tambun kali pertama selepas dilantik PM10

Abd Razak Mohd Ali
Abd Razak Mohd Ali
02/12/2022
04:59 MYT
Anwar menghadap Sultan Perak, pulang ke Tambun kali pertama selepas dilantik PM10
Sultan Nazrin Shah berkenan menerima menghadap Anwar di Istana Kinta hari ini. --fotoBERNAMA
IPOH: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menghadap Sultan Perak Sultan Nazrin Shah di Istana Kinta, di sini, hari ini.
Ia sempena kepulangan kali pertama Ahli Parlimen Tambun itu ke kawasannya selepas mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri ke-10 pada 24 Nov lalu.
Beliau yang juga Pengerusi Pakatan Harapan tiba di istana jam 10.50 pagi dan selesai menghadap Sultan Nazrin pada 12 tengah hari.
Pengerusi Pakatan Harapan (PH) itu kemudian menyertai sesi tinjauan mesra di Pasar Tanjung Rambutan bagi menzahirkan penghargaan kepada para pengundi dan penyokongnya.
Beliau yang tiba kira-kira jam 12.15 tengah hari meluangkan masa kira-kira 10 minit beramah mesra dengan orang ramai sebelum meninggalkan majlis.
Turut hadir Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad dan beberapa orang Ahli Parlimen serta Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN).
Anwar mengadakan sesi tinjauan mesra bersama warga Parlimen Tambun di Pasar Awam Tanjung Rambutan, Ipoh. - Foto Astro AWANI
Anwar mengadakan sesi tinjauan mesra bersama warga Parlimen Tambun di Pasar Awam Tanjung Rambutan, Ipoh. - Foto Astro AWANI
Perdana Menteri kemudiannya menunaikan solat Jumaat di Masjid Muhammad Al-Fateh, Taman Jati, sebelum menyertai kenduri rakyat yang diadakan di situ.
Anwar menawan kerusi Parlimen Tambun pada Pilihan Raya Umum ke-15 dengan majoriti 3,736 undi dalam saingan empat penjuru.
Beliau memperoleh 49,625 undi untuk mengatasi penyandang Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu daripada Perikatan Nasional yang memperoleh 45,889 undi, Datuk Aminuddin Md Hanafiah (Barisan Nasional) 28,140 undi dan Abdul Rahim Tahir daripada Gerakan Tanah Air (1,115 undi).
Topic Berkaitan
#Sultan Nazrin Shah
#Anwar Ibrahim
#PM10
#Istana Kinta
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan