awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
KPDN perkukuh penguatkuasaan isu persaingan agensi pelancongan dalam talian
27 ditahan, 9 didakwa susulan kekecohan ketika protes bantah lawatan Presiden Israel ke Australia
Penganggur didakwa bunuh teman wanita
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Anwar, pemimpin Singapura bincang isu-isu penting dua hala

Bernama
Bernama
31/05/2025
14:58 MYT
Anwar, pemimpin Singapura bincang isu-isu penting dua hala
Anwar mengadakan kunjungan hormat ke atas Presiden Singapura dan mesyuarat dua hala dengan rakan sejawatnya, Lawrence Wong sebelum berlepas pulang. - Facebook Anwar Ibrahim
SINGAPURA: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim membincangkan isu-isu penting dua hala dengan pemimpin Singapura termasuk hal ehwal sempadan dan maritim, tenaga boleh baharu serta inisiatif serantau seperti Grid Kuasa ASEAN sebelum mengakhiri lawatan kerja sehari ke republik itu.
Anwar mengadakan kunjungan hormat ke atas Presiden Singapura Tharman Shanmugaratnam di The Istana dan mesyuarat dua hala dengan rakan sejawatnya, Perdana Menteri Lawrence Wong sebelum berlepas pulang.
"Kami turut mengkaji semula projek-projek yang sedang berjalan seperti Sistem Transit Rapid (RTS) Link Johor Bahru-Singapura, yang dijadualkan siap pada akhir 2026, dan Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ), yang dijangka mampu meningkatkan pertumbuhan serantau," katanya dalam hantaran di Facebook.
Beliau juga optimistik lawatan itu akan memperkukuh kerjasama antara Malaysia dan Singapura untuk faedah bersama.
Wong, menerusi hantaran di laman Facebook, pula berkata beliau berharap dapat meneruskan kerjasama rapat antara Malaysia dan Singapura demi manfaat rakyat kedua-dua negara jiran itu.
Semasa lawatan itu, Anwar telah menyampaikan perutusan khas pada Dialog Shangri-La ke-22.
Perdana Menteri turut menerima kunjungan hormat daripada Setiausaha Pertahanan Amerika Syarikat Pete Hegseth dan Presiden Boeing Global Dr Brendan Nelson.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Anwar Ibrahim
#Singapura
#hal ehwal sempadan
#grid tenaga
#Lawrence Wong
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan