awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Air Canada gantung penerbangan ke Cuba susulan kekurangan bahan api jet
Keluarga Jimmy Lai rayu Trump, pemimpin dunia gesa Beijing bebaskan taikun media Hong Kong itu
Polis Norway siasat diplomat susulan kaitan dengan Epstein
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Anwar puji usaha Kerajaan Negeri Johor naik taraf aset warisan

Bernama
Bernama
02/02/2026
07:45 MYT
Anwar puji usaha Kerajaan Negeri Johor naik taraf aset warisan
Anwar berkesempatan mengunjungi Muzium Diraja Abu Bakar di Istana Besar Johor. Hadir sama isteri beliau Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail. - Foto FB Anwar Ibrahim
JOHOR BAHRU: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim memuji usaha Kerajaan Negeri Johor atas ikhtiar berterusan dalam menaik taraf aset warisan serta memperkasakan tarikan pelancongan negeri.
Anwar berkata usaha itu sejajar dengan aspirasi Tahun Melawat Johor 2026 (TMJ2026).
"Usaha ini turut menyokong agenda nasional sempena Tahun Melawat Malaysia dalam merancakkan ekonomi setempat, di samping memelihara jati diri serta sejarah bangsa," kata beliau menerusi hantaran di Facebook.
Johor menyasarkan kedatangan 12 juta pelancong tahun ini sempena TMJ2026 dengan kutipan hasil dijangka melebihi RM42 bilion kepada negeri.
Terdahulu, Anwar berkesempatan mengunjungi Muzium Diraja Abu Bakar di Istana Besar Johor. Hadir sama isteri beliau Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.
Muzium berkenaan menghimpunkan khazanah diraja serta warisan sejarah dan kebudayaan Kesultanan Johor yang bernilai tinggi, di samping persekitaran landskap yang terpelihara dan menarik.
Anwar tiba di Johor Bahru semalam, menaiki Perkhidmatan Tren Elektrik (ETS3) bersama ahli keluarganya dan berkesempatan mengunjungi Zoo Johor.
-- BERNAMA



Topic Berkaitan
#kerajaan negeri Johor
#Anwar Ibrahim
#aset warisan
#Tahun Melawat Johor 2026
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan