awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Turkiye, Arab Saudi selesai isu visa transit selepas pertikaian sedekad
Isyarat awal “Super El Nino” timbul risiko cuaca melampau global
Harga MSM dijangka terus meningkat susulan mandat biodiesel, harga minyak tinggi - CIMB Securities
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Anwar sampaikan simpati dan sokongan Malaysia kepada Kuwait dan Oman

Bernama
Bernama
09/03/2026
15:26 MYT
Anwar sampaikan simpati dan sokongan Malaysia kepada Kuwait dan Oman
Anwar berkata perkara itu disampaikan beliau dalam perbincangan bersama rakan sejawatnya dari Kuwait Sheikh Ahmad Abdullah Al-Ahmad Al-Sabah serta Menteri Luar Oman Sayyid Badr Albusaidi. - Gambar Facebook Anwar Ibrahim
Malaysia menyampaikan simpati serta sokongan kepada Kuwait dan Oman yang kini berdepan cabaran berkaitan kedaulatan dan keselamatan negara susulan perkembangan semasa di Asia Barat.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata perkara itu disampaikan beliau dalam perbincangan bersama rakan sejawatnya dari Kuwait Sheikh Ahmad Abdullah Al-Ahmad Al-Sabah serta Menteri Luar Oman Sayyid Badr Albusaidi.
“Selain itu, saya turut menyampaikan penghargaan terhadap komitmen kedua-dua kerajaan dalam memastikan keselamatan dan kebajikan rakyat Malaysia yang menetap di negara masing-masing,” katanya menerusi hantaran di Facebook malam ini.
Anwar berkata Malaysia turut memuji usaha Oman dalam memudah cara proses mediasi antara Amerika Syarikat dan Iran.
Beliau berkata semua pihak bersetuju bahawa situasi berkenaan perlu ditangani melalui pendekatan damai, selain menekankan kepentingan semua pihak menahan diri bagi mengelakkan ketegangan yang boleh menjejaskan kestabilan rantau itu.

Keadaan di Asia Barat semakin tegang sejak Sabtu lepas (28 Feb) apabila Israel dan Amerika Syarikat melancarkan serangan ke atas Iran, yang kemudian dibalas Tehran menerusi serangan terhadap kepentingan Amerika Syarikat di negara Teluk.

-- BERNAMA

Topic Berkaitan
#Facebook
#proses mediasi
#simpati
#keselamatan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan