awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Bapa penyerang Balai Polis Ulu Tiram dakwa darah polis, askar halal dibunuh - Saksi
10 kawasan di Semenanjung catat cuaca panas tahap berjaga-jaga - MetMalaysia
Saman fitnah RM5 juta Dzulkefly terhadap Najib selesai
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Anwar tunai solat Jumaat di Masjid Jamek As-Syakirin, Bukit Mertajam

Bernama
Bernama
20/03/2026
06:34 MYT
Anwar tunai solat Jumaat di Masjid Jamek As-Syakirin, Bukit Mertajam
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hadir menunaikan solat Jumaat di Masjid Jamek As-Syakirin, Kampung Pelet di Bukit Mertajam hari ini. - Foto Bernama
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim memulakan lawatan kerja sehari di Pulau Pinang hari ini dengan menunaikan solat Jumaat bersama rakyat di Masjid Jamek As-Syakirin, Kampung Pelet, di sini.
Beliau yang tiba di masjid itu pada 1.12 tengah hari disambut oleh Ketua UMNO Bahagian Permatang Pauh Datuk Mohd Zaidi Mohd Said dan pengerusi masjid Othman Syafie serta para jemaah.
Anwar, bersama hampir 700 jemaah termasuk Timbalan Ketua Menteri I Pulau Pinang Datuk Dr Mohamad Abdul Hamid, seterusnya mendengar khutbah bertajuk 'Ramadan, Ketika Senja Terakhir Berlabuh’, yang disampaikan Imam I Muhammad Nasir Hamid.
Selesai solat, Perdana Menteri menziarahi komuniti Permatang Pasir bagi meninjau persiapan Aidilfitri yang akan disambut umat Islam seluruh negara esok.
Sebelum mengakhiri lawatan kerja di Pulau Mutiara, Anwar turut dijadual menghadiri Program Santai Akhir Ramadan Bersama Pimpinan Komuniti Permatang Pauh di Dewan Orang Ramai Permatang Pasir.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Anwar Ibrahim
#Solat Jumaat
#Masjid Jamek As-Syakirin
#Kampung Pelet
#pulau pinang
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan