awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Op Way: Dua pengarah urusan, seorang pengarah syarikat didakwa beri rasuah lebih RM1.28 juta
Lelaki didakwa bunuh ibu kandung, berdepan hukuman mati
Cuaca panas: Lima kawasan di Kedah pada tahap berjaga-jaga - MetMalaysia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Apakah rakyat Malaysia mahu percaya politik murahan Anwar Ibrahim? - Reezal Merican

Astro Awani
Astro Awani
18/02/2014
12:35 MYT
Apakah rakyat Malaysia mahu percaya politik murahan Anwar Ibrahim? - Reezal Merican
Anggota Majlis Tertinggi (MT) UMNO, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican mendakwa Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR), terdesak mendapatkan undi di Kajang bagi menutup permasalahan dalam partinya.
Reezal Merican berkata tindakan memainkan isu sensitif membayangkan Anwar berada dalam cukup terdesak dan menampilkan diri sebagai haiwan politik (political animal) yang sangat bahaya kepada politik Malaysia.
Katanya, cendekiawan dan ahli fikir yang dihormati dalam negara sudah hampir sepakat bahawa isu kalimah Allah adalah satu perkara yang tidak wajar dipermain-mainkan oleh mana-mana pihak sekalipun.
"Tidak molek, hanya diatas niat untuk mendapatkan undi, Anwar seakan menjual’ pendirian peribadi berbanding keperluan merujuk kepada pandangan ulama’ dan cendikiawan Malaysia yang lebih faham dengan konteks sebenar permasalahan kalimah Allah ini.
"Cukup sayang, seorang yang kononnya dibina sahsiah dan akal budinya dengan cerapan agama, boleh memperolok pendirian berani kerajaan seperti yang dilakukan oleh Anwar. Tidak ada alasan lain untuk ini berlaku, kecuali mahu menampilkan ‘semangat liberalisme totok’ yang merosakkan fabrik agama Islam di Malaysia.
"Menggunakan pentas gereja untuk mendapat populariti politik adalah sesuatu yang amat tidak bertanggungjawab dan memalukan.
"Anwar sepatutnya lebih bijaksana dalam menilai keperluan untuk menyantuni pendirian kalangan cendikiawan Malaysia yang tegap dan tegas di dalam isu kalimah Allah ini," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Ahli Parlimen Kepala Batas itu juga berkatanya tindakan melakukan lawak jenaka murahan di dalam isu sebesar kalimah Allah adalah satu perbuatan yang culas dan tidak boleh dimaafkan.
"Saya sama sekali tidak melihat Anwar sebagai ‘hero’ didalam isu kalimah Allah, malahan dia sudah memberikan pengesahan bahawa di atas nama politik, apa sahaja boleh disandar dan dipermainkan," katanya lagi.
Topic Berkaitan
#Anwar Ibrahim
#Kalimah Allah
#Reezal Merican Naina Merican
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan