awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Polis sekat komunikasi tahanan Pakistan lolos dari Penjara Sungai Buloh
Kamus Dewan Perdana versi web kini boleh diakses
'Stor burger lebih cantik'- Saifuddin arah naik taraf segera pondok keselamatan sempadan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

APMM Pulau Pinang tahan dua kapal pindah 700,000 liter diesel secara haram

Bernama
Bernama
12/04/2026
09:34 MYT
APMM Pulau Pinang tahan dua kapal pindah 700,000 liter diesel secara haram
Muhammad Suffi berkata operasi itu turut membawa kepada penahanan 22 kru terdiri daripada warga Malaysia, Myanmar, Rusia, Filipina dan Indonesia yang berada di kedua-dua kapal berkenaan. - Gambar APMM Pulau Pinang
Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Pulau Pinang berjaya mematahkan cubaan memindahkan kira-kira 700,000 liter minyak diesel secara haram dengan penahanan dua kapal tangki bersama 22 kru dalam operasi di perairan Bagan Ajam, malam semalam.
Pengarah APMM Pulau Pinang Kapten Maritim Muhammad Suffi Mohd Ramli berkata tindakan itu hasil maklumat risikan yang diterima seawal 10.45 pagi berhubung pergerakan mencurigakan dua kapal yang bersauh di lokasi berkenaan.
Beliau berkata susulan maklumat itu, satu operasi bersepadu digerakkan bersama Kementerian Perdagangan Dalam Negeri (KPDN) Pulau Pinang sebelum sebuah bot peronda APMM dihantar ke lokasi untuk pemeriksaan.
“Hasil pemeriksaan mendapati kedua-dua kapal berada dalam keadaan bergandingan dan disyaki menjalankan aktiviti pemindahan minyak dari kapal ke kapal tanpa kebenaran.
"Pemeriksaan lanjut mendapati kegiatan itu melibatkan pemindahan minyak diesel Euro 5 dianggarkan sebanyak 700,000 liter, manakala anggaran keseluruhan rampasan minyak mencecah 800,000 liter," katanya dalam kenyataan hari ini
Muhammad Suffi berkata operasi itu turut membawa kepada penahanan 22 kru terdiri daripada warga Malaysia, Myanmar, Rusia, Filipina dan Indonesia yang berada di kedua-dua kapal berkenaan.
Beliau berkata nilai keseluruhan rampasan dianggarkan RM2.33 bilion, merangkumi dua kapal tangki serta muatan diesel Euro 5 yang cuba diseludup dianggarkan bernilai RM5.43 juta.
"Kes disiasat di bawah Seksyen 491B (1)(k) Ordinan Perkapalan Saudagar 1952 kerana melakukan aktiviti pemindahan kapal ke kapal tanpa kebenaran Ketua Pengarah Jabatan Laut Malaysia.
“Siasatan turut dijalankan di bawah Akta Kastam 1967 susulan kegagalan mengemukakan dokumen berkaitan pemindahan minyak serta pengisytiharan kargo,” katanya.
Beliau berkata kesemua kru dan kapal yang ditahan dibawa ke jeti sebelum diserahkan kepada pegawai penyiasat APMM Pulau Pinang untuk tindakan lanjut.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#APMM
#diesel
#tindakan lanjut
#maklumat risikan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan