awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ops Hazard 3.0: PGA rampas RM187 juta, 56 warga asing ditahan
UCL: PSG sepatutnya menang lebih besar ke atas Liverpool
Konflik Asia Barat: Iran peroleh kelebihan strategik susulan gencatan senjata - Penganalisis
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

APMM Pulau Pinang tahan lima nelayan Indonesia ceroboh perairan

Dewi Nur Harasha Alias
Dewi Nur Harasha Alias
23/03/2021
04:29 MYT
APMM Pulau Pinang tahan lima nelayan Indonesia ceroboh perairan
Bot tersebut dikendalikan lima kru warga Indonesia termasuk tekong berumur sekitar 18 hingga 45 tahun dan tidak mempunyai sebarang dokumen pengenalan diri yang sah. - APMM
GEORGE TOWN: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Negeri Pulau Pinang menahan sebuah bot nelayan Indonesia bersama lima kru yang dikesan menceroboh perairan negara.
Pengarah Maritim Negeri Pulau Pinang, Kapten Abd Razak Mohamed berkata, kesemua mereka ditahan pada kedudukan 32.3 batu nautika barat Pulau Kendi sekitar jam 5 petang Isnin.
Katanya, bot tersebut dikesan sedang melakukan aktiviti menangkap ikan dalam perairan negara semasa pasukannya melakukan rondaan Op Tanjung.
"Bot tersebut dikendalikan lima kru warga Indonesia termasuk tekong berumur sekitar 18 hingga 45 tahun dan tidak mempunyai sebarang dokumen pengenalan diri yang sah," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Kes akan disiasat di bawah Seksyen 15(1)(a) Akta Perikanan 1985 iaitu menangkap ikan di perairan Malaysia tanpa kebenaran Ketua Pengarah Perikanan Malaysia.
Jika disabitkan kesalahan, tekong boleh dijatuhkan hukuman denda sebanyak RM6 juta dan kru pula didenda RM500,000 setiap orang dan penjara enam bulan sehingga setahun.
Bot bersama nelayan asing itu dibawa masuk ke Jeti Batu Maung dan diserahkan kepada Pegawai Penyiasat Maritim Pulau Pinang untuk tindakan lanjut.
Topic Berkaitan
#nelayan
#nelayan Indonesia
#ceroboh perairan
#pulau pinang
#APMM
#Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia
#bot nelayan
#op tanjung
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan