awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sultan Selangor berkenan pendirian PM Anwar mengenai rumah ibadat dibina tidak ikut undang-undang
48 kedai musnah dalam kebakaran di Pasar Chatuchak
Malaysia runding terma MoU tarif Amerika Syarikat - Mohamad Hasan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Apple iOS 18 dijangka hadir dengan skrin utama baharu, integrasi AI

Amanz
Amanz
25/03/2024
08:15 MYT
Apple iOS 18 dijangka hadir dengan skrin utama baharu, integrasi AI
Apple dijangka menambah sokongan skrin utama atau Home Screen baharu pada iOS 18, yang membolehkan pengguna mengubah dan melakukan penyesuaian mengikut cita rasa masing-masing. -Amanz
APPLE pada tahun 2024 ini dijangka memperkenalkan sistem operasi iOS 18 untuk iPhone, yang bakal menawarkan pelbagai perubahan besar melaluinya.
Antara yang diperkatakan sebelum ini adalah Apple akan memfokuskan integrasi kecerdasan buatan melalui iOS 18 kelak, sekali gus membawa sejumlah ciri-ciri baharu bersama dengannya.
Jikalau mengikut pada beberapa integrasi pada pengeluar lain, kita mungkin melihat penawaran kemudahan untuk penyuntingan dokumen, penyuntingan gambar, penambah-baikkan pada Siri, dan sebagainya.
Mengikut desas-desus sebelum ini juga, ia dikatakan Apple mungkin turut bekerjasama dengan Google untuk integrasi Gemini pada iPhone.
Selain daripadanya, kini menurut Bloomberg, Apple dijangka menambah sokongan skrin utama atau Home Screen baharu pada iOS 18, yang membolehkan pengguna mengubah dan melakukan penyesuaian mengikut cita rasa masing-masing.
Tidak diketahui lagi pada tahap apakah kemudahan penyesuaian ini akan ditawarkan.
Buat masa ini, pihak Apple tidak mengeluarkan sebarang komen berkaitan perkara ini.
iOS 18 dijangka diperkenalkan kepada pembangun pada Jun 2024 melalui acara WWDC, sebelum ia dilancarkan kepada umum sekitar September atau Oktober kelak. -Amanz
Topic Berkaitan
#iPhone
#iOS 18
#sistem operasi
#kecerdasan buatan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan