awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
HKI 2026 platform didik masyarakat guna internet secara selamat, beretika
Syarikat tempatan perlu diberi keutamaan, peluang dalam projek AI - Sim
PBT Negeri Sembilan diarah bertindak segera atasi rumah ibadat tidak berlesen - Exco
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Apple mengesahkan acara khas pada 25 Mac ini, dijangka umum perkhidmatan TV baru

Hilal Azmi
Hilal Azmi
11/03/2019
22:17 MYT
Apple mengesahkan acara khas pada 25 Mac ini, dijangka umum perkhidmatan TV baru
Apple bakal membuat pengumuman berkaitan perkhidmatan baharu.
SYARIKAT teknologi Apple mengesahkan akan mengadakan satu acara khas 25 Mac ini.
Acara tersebut dilaporkan bakal membuat pengumuman berkaitan perkhidmatan penstriman TV dan perkhidmatan langganan Apple News terbaru.
Menurut laporan The Verge, animasi GIF yang menunjukkan kira turun atau 'countdown' dengan memberitahu masanya untuk pertunjukan atau 'it's showtime' dijangkakan untuk mengumumkan perkhidmatan terbaru mereka.
Apple used the same tagline in 2006 for the event at which it previewed what would become Apple TV pic.twitter.com/8kq2bPymMa
— John Paczkowski (@JohnPaczkowski) March 11, 2019
Sebelum ini, Apple pernah menggunakan slogan iklan sama pada 2006 yang mengumumkan perkhidmatan tayangan filem melalui itunes dan pengumuman Apple TV yang kemudiannya dijenamakan semula sebagai iTV pada 2007.
Malah, ada antara pemerhati teknologi mula bercakap tentang Apple bakal memperkenalkan perkhidmatan langganan berita sama seperti konsep langganan yang ditawarkan Netflix tahun ini.
Bulan lalu, ura-ura mengenai Apple akan mengadakan acara khas pada hujung Mac dilaporkan akan memberi fokus secara eksklusif kepada perkhidmatan baru yang bakal ditawarkan Apple.
Walaubagaimanapun, ada juga kemungkinan bahawa Apple akan membuat kemaskini kepada peranti mereka seperti AirPods, iPad terbaru dan juga pengecas tanpa wayar Wireless AirPower yang telah lama tertangguh pelancarannya.
Sama-sama kita tunggu apakah pengumuman yang bakal dibuat Apple 25 Mac ini.
Topic Berkaitan
#acara khas
#Apple
#Apple Events
#Apple News
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan