awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kemboja rasmikan tugu peringatan tikus pengesan periuk api terkenal
Lima terbunuh dalam serangan AS-Israel ke atas fasiliti petrokimia Iran
Songkran kurang meriah, krisis tenaga jejas pelancongan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Arab Saudi pintas 51 dron di Wilayah Timur - Kementerian Pertahanan

Xinhua News
Xinhua News
21/03/2026
07:15 MYT
Arab Saudi pintas 51 dron di Wilayah Timur - Kementerian Pertahanan
Serangan itu berlaku di tengah-tengah peningkatan ketegangan serantau yang lebih luas sejak AS dan Israel melancarkan serangan bersama ke atas Iran pada 28 Feb. - Gambar fail/Reuters

Kementerian Pertahanan Arab Saudi pada Sabtu memaklumkan bahawa ia telah memintas dan memusnahkan 51 dron di Wilayah Timur kerajaan itu, ketika negara berkenaan berdepan gelombang serangan udara yang berterusan semalaman, lapor Anadolu Ajansi.

Kementerian itu tidak menyatakan punca dron berkenaan, namun sebelum ini negara itu pernah mengecam serangan Iran yang menyasarkan negara Arab sebagai sebahagian daripada tindak balas Tehran terhadap perang Amerika Syarikat (AS)-Israel ke atas Iran.

Serangan itu berlaku di tengah-tengah peningkatan ketegangan serantau yang lebih luas sejak AS dan Israel melancarkan serangan bersama ke atas Iran pada 28 Feb, yang mengorbankan kira-kira 1,300 orang, termasuk Pemimpin Agung ketika itu, Ali Khamenei.

Iran telah bertindak balas dengan melancarkan peluru berpandu dan dron menyasarkan aset serta kepentingan Israel dan Amerika Syarikat di seluruh negara Arab. Beberapa serangan berkenaan telah menyebabkan kemalangan jiwa dan kerosakan kepada infrastruktur awam, sekali gus mengundang kecaman daripada negara yang menjadi sasaran.

-- BERNAMA-ANADOLU

Topic Berkaitan
#Iran
#Arab Saudi
#dron
#konflik Asia Barat
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan