awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Turkiye henti eksport ayam itik untuk stabilkan pasaran domestik
Angka korban bangunan runtuh di utara Lubnan meningkat kepada 14 orang
Projek pembangunan landskap di KLIA siap enam bulan lagi - Nga
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Arang batu cemar Pantai Teluk Kalong dibersihkan dalam tempoh terdekat

Bernama
Bernama
18/01/2026
12:43 MYT
Arang batu cemar Pantai Teluk Kalong dibersihkan dalam tempoh terdekat
Wakil syarikat tongkang yang mengangkut bahan bakar itu telah bersetuju untuk membersihkan pantai berkenaan. - Bernama
CHUKAI: Pantai Teluk Kalong dekat sini yang tercemar dengan tumpahan kira-kira 7,000 tan metrik arang batu daripada sebuah tongkang yang hanyut dan pecah di pantai itu minggu lepas akan dibersihkan dalam tempoh terdekat.
Pengarah Jabatan Alam Sekitar (JAS) Terengganu Hamzah Mohamad berkata wakil syarikat tongkang yang mengangkut bahan bakar itu telah bersetuju untuk membersihkan pantai berkenaan.
"Setakat ini dimaklumkan syarikat tersebut sedang dalam proses pemilihan kontraktor untuk melakukan kerja-kerja pembersihan berkenaan," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas perjumpaan bersama pihak bertanggungjawab kes tongkang pecah di Pantai Teluk Kalong hari ini, yang turut dihadiri Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim negeri Datuk Razali Idris.
Hamzah berkata syarikat terbabit memaklumkan kerja-kerja pembersihan itu dijangka mengambil masa selama sebulan.
Beliau berkata tongkang yang tersadai itu juga akan dikeluarkan dari kawasan berkenaan, namun proses berkenaan dijangka mengambil masa agak lama berikutan kerumitan operasi.
"Berdasarkan penjelasan pihak terlibat, tongkang yang membawa arang batu itu dalam perjalanan dari Indonesia ke Vietnam, namun terkandas di pantai ini akibat tiupan angin yang kuat," katanya.
Sementara itu, Razali pula berkata kerajaan negeri berharap pantai tersebut yang menjadi tumpuan pelancong dapat dibersihkan segera.
"Pihak kami juga akan memantau kerja-kerja pembersihan itu sehingga pantai kembali bersih seperti sediakala.
"Pengunjung diminta tidak bimbang kerana arang batu terbabit bukan merupakan bahan buangan berjadual dan tidak menjejaskan alam sekitar," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#arang batu
#pencemaran
#pantai teluk kalong
#Jabatan Alam Sekitar
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan