awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Permintaan minyak global dijangka menurun pada 2026 - IEA
Nelayan terjatuh bot ditemukan lemas, rakan masih hilang
Sekurang-kurangnya 17 terbunuh dalam serangan udara Israel di selatan Lubnan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Ardell, Haroqs, Heliza, Hazwani, ZRA kembali galas misi ke Gaza - 'Selamat pecahkan kepungan'

Reuters
Reuters
07/04/2026
05:05 MYT
Ardell, Haroqs, Heliza, Hazwani, ZRA kembali galas misi ke Gaza - 'Selamat pecahkan kepungan'
- Foto Sinar Harian
AKTIVIS Ardell Aryana, Haroqs, Datin Heliza Helmi, Hazwani Helmi dan Zainal Rashid Ahmad (ZRA) antara aktivis yang menyertai delegasi misi kemanusiaan Global Sumud Flotila (GSF) yang dijadual berlepas ke Gaza dari Barcelona pada 10 dan 12 April ini.
Pendakwah, PU Rahmat Ikhsan menerusi laman sosial pada mulanya berkongsi di Instagram dua sukarelawan yang menyertai pelayaran kali ini.
"Selamat belayar Kak Ardell Aryana dan adik Haroqs. Semoga selamat pergi dan berjaya memecahkan kepungan.
"Tahun ini kalian belayar tanpa saya. Saya pergi Rafah dan kalian ke Barcelona. Moga kita jumpa dalam G," kongsinya.
Sementara itu, Instagram Yayasan Mawaddah berkongsi enam lagi sukarelawan yang menyertai misi 2.0 ini. Bagaimanapun, identiti empat daripada mereka dirahsiakan.
"Malam ini empat orang kami rahsiakan manakala empat lagi kami dedahkan. Dua lagi sukarelawan menyertai misi berkenaan iaitu adik-beradik Heliza dan Hazwani.
"Ardell, Haroqs, Heliza dan Hazwani. Semoga Allah sampaikan kalian ke bumi Gaza," titipnya.
Sementara itu, pada jam lima pagi semalam, hantaran terbaharu PU Rahmat memuat naik foto beberapa orang lagi delegasi Malaysia yang menyertai misi kali ini termasuk Zainal Rashid.
"Penutup dan permulaan hari ini. Jam 5 pagi obor sumud masih menyala.
"Menemani kekanda ZRA yang namanya begitu panas minggu ini dan kekanda Norazman yang selalu tenang di atas kapal Estrella Emmanuel GSF 1.0 yang lalu.
"Kombo otai yang padu dan pesanan mereka 'Kalau kami yang nak masuk enam series ini pun masih gagah membelah lautan maka anak muda perlu gagah membelah algorithm'.
"Ayuh penuhkan algo kita dengan kisah G dan pembebasan. Pecahkan kepungan dan pecahkan kebisuan!" titipnya di Instagram.
Menurut laman sosial rasmi Sumud Nusantara, batch keempat dan kelima delegasi Malaysia untuk misi Global Sumud Flotilla yang akan memulakan pelayaran pada 12 April.
Batch keempat melibatkan bekas peserta GSF 1.0 seperti Heliza dan Hazwani, Ardell dan Haroqs serta beberapa orang peserta lain.
"Batch ini juga melibatkan beberapa orang ‘ground crew’ yang juga merupakan staf Cinta Gaza Malaysia. Mereka telah berlepas ke Sepanyol pada jam 9 malam pada Ahad.
"Manakala batch kelima pula yang berlepas ke Sepanyol pada jam 3 pagi Isnin adalah batch terakhir delegasi Malaysia bagi misi GSF. Mereka terdiri daripada empat orang peserta termasuklah ZRA," kongsinya.
Difahamkan semua sukarelawan Global Sumud Flotilla 2.0 yang terpilih diwajibkan berada di Barcelona pada 10 April ini bagi menghadiri sesi taklimat serta permulaan operasi. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#Global Sumud Flotila
#GSF
#Gaza
#barcelona
#PU Rahmat
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan