Ari Lesmana pertaruh konsert Solo 'MANGU' di Zepp KL Ogos Ini

Acara gilang-gemilang ini dijadualkan berlangsung pada 15 Ogos 2026 bertempat di ruang konsert berprestij, Zepp Kuala Lumpur. -Foto Rockstage Entertainment
INDUSTRI muzik tanah air bakal menyaksikan satu lagi detik istimewa apabila Rockstage Entertainment dengan bangganya mempersembahkan konsert solo yang paling dinantikan tahun ini, "MANGU di Kuala Lumpur", menampilkan vokalis berjiwa besar dari Indonesia, Ari Lesmana.
Acara gilang-gemilang ini dijadualkan berlangsung pada 15 Ogos 2026 bertempat di ruang konsert berprestij, Zepp Kuala Lumpur.
Konsert ini bukan sekadar persembahan muzik rutin, sebaliknya ia merupakan manifestasi seni yang mengangkat tema ‘Mangu’ — sebuah istilah yang menggambarkan keadaan seseorang yang terkesima, termenung, atau tenggelam dalam lautan emosi yang mendalam.
"Melalui tema ini, Ari Lesmana bakal membawa penonton menyelami sisi peribadi beliau menerusi penceritaan lagu-lagu yang disusun khas untuk malam tersebut," jelas Talib Othman mewakili Rockstage Entertainment.
Apa yang membezakan konsert kali ini adalah keberanian Ari Lesmana untuk bereksperimen.
Beliau akan berkolaborasi dengan DJ Firza, seorang produser muzik elektronik yang dikenali dengan sentuhan bunyi sofistikated.
"Gabungan vokal lunak dan puitis Ari bersama rentak elektronik DJ Firza bakal melahirkan nuansa Indie-Electronic yang segar, sekali gus memberikan pengalaman audio-visual luar biasa yang belum pernah disaksikan dalam persembahan beliau sebelum ini," katanya lagi.
Menambah seri malam tersebut, konsert ini turut menampilkan penampilan khas daripada ENAU.
Artis yang sedang meningkat naik ini dikenali dengan lirik jujur dan melodi yang menangkap telinga, menjadikannya pelengkap sempurna kepada naratif 'Mangu' yang ingin disampaikan.
"Kami sangat teruja membawakan Ari Lesmana dalam kapasiti solo kali ini. Beliau adalah seorang pencerita (storyteller) yang hebat.
Dengan pemilihan Zepp KL sebagai lokasi, kami ingin memastikan setiap peminat dapat merasai keintiman dan kualiti bunyi yang terbaik," ujar Talib.
Peminat dinasihatkan untuk mendapatkan tiket dengan segera. Tiket boleh dibeli melalui laman web www.myticketempire.com bermula hari ini.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
