awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
PRU Thailand dedah penjajaran baharu elit konservatif terhadap politik - Penganalisis
Tiga Bersatu negeri mahu Hamzah Zainudin dipecat
ACLE: JDT kecundang di Jepun, laluan ke pusingan kalah mati sukar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Arul Kanda mengaku tidak bersalah bersubahat pinda Laporan Akhir Audit 1MDB

Hilmi Malik, Fareez Azman
Hilmi Malik, Fareez Azman
12/12/2018
01:44 MYT
Arul Kanda mengaku tidak bersalah bersubahat pinda Laporan Akhir Audit 1MDB
Arul Kanda Kandasamy mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur hari ini. Astro AWANI/SHAHIR OMAR
Bekas Ketua Pegawai Eksekutif 1MDB, Arul Kanda Kandasamy mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur hari ini atas pertuduhan bersubahat dalam meminda laporan akhir audit syarikat itu.
Beliau membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibaca dihadapan Hakim Mahkamah Sesyen, Rozina Ayub.
Mengikut pertuduhan, beliau didakwa mengikut Seksyen 28 (1)(C) Akta SPRM 2009 yang dibaca bersama Seksyen 23(1) dan Seksyen 24(1) akta yang sama.
Arul didapati bersubahat bersama bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak yang mengarahkan Laporan Akhir Pengauditan 1MDB yang sedang disediakan dipinda sebelum dimuktamad dan dibentangkan kepada Jawatankuasa Kira Kira Wang Negara (PAC).
Beliau didakwa melakukan kesalahan itu diantara 22 hingga 26 Februari 2016 di Kompleks Jabatan Perdana Menteri.
#PindaanLaporanAudit #1MDB Kuala Lumpur: Bekas Ketua Pegawai Eksekutif Arul Kanda Kandasamy mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur hari ini atas pertuduhan bersubahat dalam meminda laporan akhir audit 1MDB. @501Awani pic.twitter.com/q19NkWXvtL
— Fareez Azman (@Fareez_Awani) December 12, 2018
Jika sabit kesalahan dia boleh dikenakan hukuman penjara tidak lebih 20 tahun atau denda lima kali ganda dari nilai suapan atau RM10,000 atau ringgit mana yang lebih tinggi.
Mahkamah bagaimanapun membenarkan tertuduh diikat jamin RM500,000 dengan seorang penjamin selain mengarahkan tertuduh menyerahkan passport.
Sebutan semula kes akan didengar 4 Januari depan.
Topic Berkaitan
#1MDB
#Arul Kanda Kandasamy
#Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara
#Mahkamah Sesyen
#Najib Razak
#Perdana Menteri
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan