awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pelajar IPG lemas: Keluarga mangsa tuntut laporan menyeluruh, telus
OpenAI gesa California, Delaware siasat kelakuan anti-persaingan Musk
Konflik Asia Barat tekan inflasi, jejaskan ekonomi global -IMF
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Aset Sultan Johor digerakkan bantu mangsa banjir

Siti Nur Aqilla Omar
Siti Nur Aqilla Omar
04/03/2023
11:50 MYT
Aset Sultan Johor digerakkan bantu mangsa banjir
Tunku Abu Bakar mengemudi bot berkenaan selama hampir 40 minit menyusuri Sungai Kahang sebelum menyampaikan bantuan bekalan makanan kepada mangsa banjir. - Foto Johor Royal Press Office
JOHOR BAHRU: Tiga aset milik Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar iaitu air boat berkuasa tinggi digerakkan bagi operasi menyelamat, memindahkan serta membantu mangsa-mangsa banjir.
Baginda berkenan aset terbabit digunakan bagi tujuan berkenaan berikutan banjir melanda beberapa daerah di negeri itu.
Menerusi hantaran di media sosial Facebook baginda memaklumkan, pada hari ini air boat itu digunakan bagi tujuan penghantaran bekalan makanan ke penempatan Orang Asli yang terputus hubungan.
Foto Johor Royal Press Office
Foto Johor Royal Press Office
Air Boat itu dikemudi oleh Tunku Putera Johor, Tunku Abu Bakar Sultan Ibrahim yang kemudian membawa bekalan makanan ke Kampung Orang Asli Pucur di Kahang.
Tunku Abu Bakar mengemudi bot berkenaan selama hampir 40 minit menyusuri Sungai Kahang, dalam keadaan hujan lebat sebelum menyampaikan bantuan bekalan makanan kepada mangsa banjir.
Foto Johor Royal Press Office
Foto Johor Royal Press Office
Operasi turut disertai anggota PPDA JBPM Johor, Angkatan Tentera Malaysia, Polis Diraja Malaysia dan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia.
Hadir sama, Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Islam Negeri Johor, Mohd Fared Mohd Khalid dan ADUN Kahang, R. Vidyananthan.
Foto Johor Royal Press Office
Foto Johor Royal Press Office
Topic Berkaitan
#banjir johor
#aset Sultan Johor
#Sultan Ibrahim
#mangsa banjir
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan