awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
OPEC+ tingkatkan pengeluaran minyak Mei ini di tengah krisis tenaga global
15 kapal lalui Selat Hormuz dengan kebenaran Iran dalam tempoh 24 jam
Konflik Asia Barat: Operasi dramatik selamatkan juruterbang AS di kawasan terpencil Iran
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Asri dilantik Pengerusi Suruhanjaya Tenaga

Bernama
Bernama
19/12/2025
09:00 MYT
Asri dilantik Pengerusi Suruhanjaya Tenaga
Asri, 59, merupakan lulusan Sarjana Ekonomi daripada Universiti Hiroshima, Jepun dan pemegang Ijazah Sarjana Ekonomi, Universiti Malaya. - Gambar fail
PUTRAJAYA: Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA) hari ini mengumumkan pelantikan bekas Ketua Setiausaha Perbendaharaan Datuk Seri Asri Hamidin @ Hamidon sebagai Pengerusi Suruhanjaya Tenaga bagi tempoh setahun, berkuat kuasa pada 1 Jan 2026.
Dalam kenyataan hari ini, PETRA memaklumkan pelantikan itu dibuat selaras dengan peruntukan di bawah seksyen 5, Akta Suruhanjaya Tenaga 2001 [Akta 610] dengan persetujuan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim selaku Menteri yang dipertanggungjawabkan bagi perkara berhubung dengan pembekalan gas.
"PETRA menzahirkan sekalung penghargaan dan terima kasih kepada Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar atas khidmat bakti beliau sebagai Pengerusi Suruhanjaya Tenaga," menurut PETRA.
Asri, 59, merupakan lulusan Sarjana Ekonomi daripada Universiti Hiroshima, Jepun dan pemegang Ijazah Sarjana Ekonomi, Universiti Malaya.
Beliau telah menabur bakti dalam perkhidmatan awam selama 31 tahun, bermula sebagai Penolong Pengarah di Unit Perancang Ekonomi, Jabatan Perdana Menteri.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Petra
#Asri Hamidin Hamidon
#Bekas Ketua Setiausaha Perbendaharaan
#Pengerusi Suruhanjaya Tenaga
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan