awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Lubnan tidak mahu terperangkap dalam konflik serantau - Duta
[KOLUMNIS] Memaknai pengalaman kampus untuk kehidupan sebenar
Operasi pembenihan awan berjaya, hujan dikesan di Perak
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Atur perlawanan: 'Ah Chong' serah diri kepada SPRM

Hakim Rahman
Hakim Rahman
14/04/2017
09:11 MYT
Atur perlawanan: 'Ah Chong' serah diri kepada SPRM
Suspek yang lebih dikenali sebagai Ah Chong berusia 43 tahun itu telah menyerahkan diri kepada SPRM di Ibu Pejabat SPRM di Putrajaya kira-kira jam 10.30 pagi ini dengan ditemani oleh peguamnya.
Seorang bekas pemain bola sepak Kebangsaan, Khairul Anuar Baharum hari ini menyerah diri kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi membantu siasatan berhubung kes mengatur perlawanan Liga Perdana membabitkan pasukan Majlis Sukan India Malaysia-Persatuan Bola Sepak India Malaysia (MISC-MIFA).
Suspek yang lebih dikenali sebagai ‘Ah Chong’ berusia 43 tahun itu telah menyerahkan diri kepada SPRM di Ibu Pejabat SPRM di Putrajaya kira-kira jam 10.30 pagi ini dengan ditemani oleh peguamnya.
Difahamkan tangkapan dibuat ke atas suspek kira-kira jam 12.30pm selepas pegawai penyiasat mendapatkan maklumat awal berhubung siasatan kes tersebut.
Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM Dato Azam Baki ketika dihubungi mengesahkan suspek telah menyerahkan diri kepada SPRM dan berkata siasatan terperinci akan dijalankan bagi mengumpul bukti penglibatannya dalam pengaturan keputusan perlawanan tersebut.
Suspek dijangka akan dibawa ke Mahkamah Majistret Putrajaya esok untuk direman bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 16 (b) (A) Akta SPRM.
Topic Berkaitan
#Khairul Anuar Baharum
#MIFA
#MISC
#SPRM
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan