awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
SPRM syor lima penambahbaikan perkukuh tatakelola projek MyKiosk
Lima realiti ekonomi Malaysia yang sering diabaikan menurut Bank Dunia
Mekanisme SPENT beri peluang kedua bekas banduan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Audit forensik terhadap syarikat pembungkusan minyak masak bersubsidi - Annuar

Bernama
Bernama
23/07/2022
10:28 MYT
Audit forensik terhadap syarikat pembungkusan minyak masak bersubsidi - Annuar
Tan Sri Annuar Musa berkata pihaknya akan memeriksa jumlah pengeluaran bahan mentah itu dan melakukan analisis sama ada kaedah yang digunakan ketika ini boleh diperbaiki atau dirombak. - Gambar fail/BERNAMA
KOTA BHARU: Kerajaan sedang melakukan audit forensik terhadap semua syarikat yang diberikan lesen pembungkusan minyak masak bersubsidi bagi memastikan tidak ada antara mereka bersekongkol dalam aktiviti penyeludupan.
Pengerusi Pasukan Khas Jihad Tangani Inflasi Tan Sri Annuar Musa berkata pihaknya akan memeriksa jumlah pengeluaran bahan mentah itu dan melakukan analisis sama ada kaedah yang digunakan ketika ini boleh diperbaiki atau dirombak.
"Saya tegaskan sekiranya semua pihak tidak memberikan kerjasama dan mendapati masih lagi menyeludup minyak masak bersubsidi maka pilihan kita adalah untuk merombak keseluruhan sistem tersebut.
"Tetapi pada masa ini, kita belum mengambil pendekatan itu kerana akan membuat penyiasatan terlebih dahulu. Kalau boleh kita tidak mahu mengganggu orang yang hendak melabur dalam membuat kilang sebab mereka sudah ada rangkaian sendiri dan sebagainya," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas melawat Karnival Digital Kementerian Komunikasi dan Multimedia sempena program Jelajah Aspirasi Keluarga Malaysia Kelantan di Stadium Sultan Muhammad IV hari ini.
Annuar, yang juga Menteri Komunikasi dan Multimedia, berkata beliau tidak akan sesekali membiarkan sistem yang terlalu longgar sehingga menyebabkan ketirisan dan akhirnya rakyat teraniaya.
"Kerajaan membelanjakan RM4 bilion untuk menampung kos subsidi bahan mentah ini. Jadi kalau yang RM4 bilion tu pergi ke Thailand atau Indonesia, ia tidak adil kepada rakyat sebab ia juga wang rakyat yang mesti sampai kepada rakyat," katanya.
Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebelum ini berkata kerajaan masih mengekalkan subsidi minyak masak dengan jumlah sebanyak RM4 bilion untuk tahun ini bagi menanggung kategori minyak masak kampit satu kilogram.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#audit forensik
#lesen pembungkusan
#minyak masak
#aktiviti penyeludupan
#Pasukan Khas Jihad Tangani Inflasi
#Annuar Musa
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan