awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Penganjuran Terbuka Malaysia lebih mencabar
Pahang rekod kehadiran 15.2 juta pelancong pada 2025
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Audit menyeluruh ke atas aset udara - Hishammuddin

Rahimah Abdullah
Rahimah Abdullah
19/05/2016
05:18 MYT
Audit menyeluruh ke atas aset udara - Hishammuddin
HISHAMMUDDIN: "Saya sudah meminta Mindef dan Angkata Tentera Malaysia memikirkan sama ada sesuai kita buat satu audit menyeluruh kepada aset-aset kita. - fotoBERNAMA
Susulan beberapa insiden melibatkan pesawat baru-baru ini, Kementerian Pertahanan (Mindef) sedang mempertimbangkan untuk melakukan pengauditan secara menyeluruh ke atas semua aset-aset udara negara.
Menterinya Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, langkah itu juga termasuk melakukan penilaian ke atas aspek penyelenggaraan pesawat dan latihan juruterbang.
"Secara keseluruhannya, saya sudah meminta Mindef dan Angkata Tentera Malaysia (ATM) untuk memikirkan sama ada sesuai kita buat satu audit yang menyeluruh kepada aset-aset kita menggunakan pihak ketiga," katanya pada sidang media di lobi Parlimen di sini hari ini.
Awal bulan ini, enam orang terkorban dalam nahas helikopter di Sarawak manakala dua hari lepas, sebuah jet latihan pejuang Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) terhempas di Pahang melibatkan kecederaan kepada juruterbang.
"Kita juga sedang memikirkan untuk menaik taraf Charlie 130, pesawat Nuri, jet pejuang Hawks.
“Jadi, pengauditan (akan dilakukan) ke atas semua pesawat kita sama ada ia jet latihan, Sukhoi, atau pesawat VIP," ujar Hishammuddin.
Dalam pada itu, beliau berkata, hasil laporan siasatan berhubung jet TUDM di Pekan, Pahang itu akan diketahui tidak lama lagi.
Pada masa sama, beliau menafikan dakwaan di media sosial bahawa kononnya kejadian itu disebabkan bom pada pesawat.
"Jangan percaya cerita dalam media sosial itu. Ia hanya berkisar kepada sensasikan (isu). Jangan terikut dengan sentimen harian," katanya lagi.
Dalam kejadian 5 Mei lalu, helikopter jenis Eurocopter AS350 terhempas di Sungai Batang Lupar di Sebuyau dalam perjalanan dari Betong ke Kuching, Sarawak.
Pada 17 Mei, pesawat Aermacchi MB-339 yang membawa dua anggota TUDM terhempas di Kampung Serun dekat Nenasi, di Pekan.
Topic Berkaitan
#audit pesawat
#Hishammuddin Tun Hussein
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan