awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
YKM peruntuk RM5 juta tahun ini bantu 1,000 anak yatim kehilangan ibu bapa akibat COVID-19
HIMS tidak kawal aspek perundangan dalam urus niaga perumahan - Majlis Peguam
Pesakit tibi tidak patuh jadual rawatan, cabaran utama tangani penularan – Pakar kesihatan awam
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Azalina ikrar tangani dan pinda undang-undang lapuk supaya relevan

Bernama
Bernama
03/12/2022
11:41 MYT
Azalina ikrar tangani dan pinda undang-undang lapuk supaya relevan
Azalina berkata terdapat banyak cabaran di hadapan menanti perjalanan Kerajaan Perpaduan ini, mengambil kira kesan pandemik COVID-19 dan jangkaan kemelesetan ekonomi tahun depan.
KUALA LUMPUR: Selaku Menteri Undang-Undang dan Reformasi Institusi Datuk Seri Azalina Othman Said berikrar untuk menangani isu undang-undang lapuk dan melaksanakan pindaan diperlukan supaya relevan dengan keadaan semasa.
Dalam satu kenyataan hari ini, Azalina antaranya berkata pindaan itu termasuk pemisahan kuasa Peguam Negara dengan Pendakwa Raya untuk memelihara kebebasan budi bicara Pendakwa Raya.
"Saya juga akan memastikan isu-isu yang perlu diberi perhatian, termasuk status kewarganegaraan kanak-kanak dilahirkan di luar negara oleh ibu rakyat Malaysia akan terus menyaksikan kemajuan berterusan dan mana diperlukan, undang-undang akan diperbaharui untuk mengembalikan semula hak kepada golongan rentan, terpinggir dan mereka yang tidak menerima layanan sama rata dalam negara kita," katanya.
Sementara itu, dalam kenyataan berkenaan Azalina berkata terdapat banyak cabaran di hadapan menanti perjalanan Kerajaan Perpaduan ini, mengambil kira kesan pandemik COVID-19 dan jangkaan kemelesetan ekonomi tahun depan.
"Portfolio saya terajui melibatkan aktiviti yang merentas kerajaan, saya sedia untuk bekerjasama dengan wakil rakyat yang dipilih daripada pelbagai parti untuk menangani cabaran ini," katanya.
DIARI 100 HARI KABINET KERAJAAN PERPADUAN PM ANWAR IBRAHIM
Dengan pengalaman luas sebagai ahli Kabinet dan menerajui pelbagai kementerian sejak 2004, Azalina mencipta sejarah apabila menjadi wanita pertama dilantik menjadi Menteri Belia dan Sukan pada 2004 dan wanita pertama dilantik sebagai Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat pada 2020.
Azalina juga merupakan Menteri Pelancongan dari 2008 sehingga 2009 dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri dalam hal ehwal undang-undang dari 2015 hingga 2018.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Azalina Othman
#undang-undang lapuk
#Menteri Undang-Undang dan Reformasi Institusi
#Kabinet Perpaduan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan