awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Iran hentikan trafik kapal tangki di Selat Hormuz susulan serangan Israel ke atas Lubnan
100 lokasi di Lubnan jadi sasaran Israel dalam tempoh 10 minit
Harga minyak di pam tidak turun, ikut bekalan semasa harga minggu lepas - MOF
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Azalina, Mahdzir lawat Najib bagi sokongan moral

Sinar Harian
Sinar Harian
18/05/2018
05:01 MYT
Azalina, Mahdzir lawat Najib bagi sokongan moral
Beberapa kenderaan polis dilihat memasuki pekarangan kediaman peribadi bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak di Jalan Langgak Duta, Taman Duta hari ini. --fotoBERNAMA
Bekas Menteri Pendidikan Datuk Seri Mahdzir Khalid dan bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Azalina Othman Said hadir melawat Datuk Seri Najib Razak di kediamannya Jalan Langgak Duta di sini, hari ini.
Azalina dilihat memasuki pekarangan kediaman Najib pada jam 10 pagi menaiki Range Rover sebelum disusuli Mahdzir 40 minit kemudian.
Kehadiran mereka dipercayai bagi memberi sokongan moral kepada Najib sekeluarga.
Tinjauan di lokasi mendapati kediaman Najib terus menjadi tumpuan kira-kira 50 pengamal media tempatan dan antarabangsa yang mula berkampung di sini sejak 6 pagi tadi.
Bagaimanapun, setakat jam 12.30 tengah hari ini tiada sebarang perkembangan berhubung siasatan terkini polis.
Topic Berkaitan
#Azalina Othman Said
#Jalan Langgak Duta
#kediaman
#lawat
#Mahdzir Khalid
#Najib Razak
#rumah
#siasatan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan