awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Melania Trump nafi dakwaan hubungan dengan Epstein, desak pendengaran Kongres
Konflik Asia Barat: Israel mahu adakan rundingan terus dengan Lubnan
Konflik Asia Barat: Delegasi Iran akan ke Pakistan untuk rundingan damai dengan AS
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Azerbaijan hantar bantuan kemanusiaan ke Iran atas arahan Presiden

Bernama
Bernama
10/03/2026
08:25 MYT
Azerbaijan hantar bantuan kemanusiaan ke Iran atas arahan Presiden
Penghantaran bantuan kemanusiaan itu susulan perbualan telefon yang diadakan pada 8 Mac lepas antara Presiden Azerbaijan Ilham Aliyev dan Presiden Iran Masoud Pezeshkian bagi menyokong keperluan semasa rakyat Iran. - Gambar fail
Bantuan kemanusiaan telah dihantar ke Iran atas arahan Presiden Azerbaijan, lapor Agensi Berita Azerbaijan (AZERTAC).
Bantuan kemanusiaan itu diuruskan oleh agensi kerajaan Azerbaijan yang berkaitan dan dihantar bagi menyokong penduduk Iran yang terjejas akibat perkembangan terkini serta situasi kemanusiaan di negara berkenaan.
Bantuan itu mencerminkan solidariti dan sokongan Azerbaijan terhadap rakyat Iran dalam tempoh sukar ini.
Kargo bantuan kemanusiaan itu merangkumi hampir 30 tan produk makanan.
Menurut AZERTAC, penghantaran itu termasuk 10 tan tepung, enam tan beras, 2.4 tan gula, lebih empat tan air minuman, hampir 600 kilogram teh serta hampir dua tan ubat-ubatan dan bekalan perubatan.
Trak yang membawa bantuan kemanusiaan itu telah pun dihantar dan dijangka tiba di destinasi tidak lama lagi.
Penghantaran bantuan kemanusiaan itu susulan perbualan telefon yang diadakan pada 8 Mac lepas antara Presiden Azerbaijan Ilham Aliyev dan Presiden Iran Masoud Pezeshkian bagi menyokong keperluan semasa rakyat Iran yang merupakan jiran serta sahabat Azerbaijan.
-- BERNAMA-AZERTAC
Topic Berkaitan
#Azerbaijan
#bantuan
#Iran
#solidariti
#konflik
#Asia Barat
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan