awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Konflik Asia Barat: Iran sahkah ketua perisikan IRGC terbunuh dalam serangan AS-Israel
Konflik Asia Barat: Ops Tiris 4.0 bongkar 155 kes ketirisan subsidi, RM2.1 juta diesel dirampas
Pelaksanaan VM2026 dilanjutkan hingga penghujung 2027 - TPM Ahmad Zahid
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Aziz: Hanya 4084 pengundi luar negara mendaftar

Astro Awani
Astro Awani
28/02/2013
23:10 MYT
Aziz: Hanya 4084 pengundi luar negara mendaftar
Hanya 4,084 pemilih dari luar negara mendaftar sebagai pengundi untuk Pilihan Raya Umum ke-13 setakat ini. Perkara itu dinyatakan oleh Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof.
Menurutnya, pendaftaran pengundi luar negara telah dibuka pada Januari lalu.
"Setakat semalam setelah lebih kurang 40 hari dibuka bermula 21 Januari lalu saya tengok 100 orang sehari secara purata yang telah memohon setiap hari" ulas Aziz.
Tambah Aziz lagi, pendaftaran sebagai pengundi oleh pemilih luar negara akan dibuka sehingga parlimen dibubarkan.
Mengikut cadangan SPR, pengundian akan dilakukan di Kedutaan Malaysia di luar negara yang mana SPR akan melantik atau menghantar wakil pegawai pilihan raya bagi memantau proses pengundian.
Katanya sistem pengundian akan dilakukan seperti undi pos yang mana ia dibuat lebih awal sebelum tarikh pengundian atau 7 hari selepas penamaan calon.
Tambah Aziz, rakyat Malaysia yang berada di Singapura, selatan Thailand yang merangkumi lima wilayah, Brunei dan Kalimantan tidak dibenarkan mengundi pos kerana mereka boleh pulang untuk mengundi.
Topic Berkaitan
#pengundi luar
#PRU-13
#PRU13
#SPR
#tan sri abdul aziz mohd yusof
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan