awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Iran bakal beri penghormatan kepada Ayatollah Ali Khamenei selepas 40 hari pemergiannya
Tiada sambungan kontrak pegawai farmasi capai had maksimum - KKM
Amaran ribut petir, hujan lebat di lapan negeri dan Labuan hingga 1 pagi ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Azwanddin umum letak jawatan presiden JMM

Bernama
Bernama
02/08/2020
14:19 MYT
Azwanddin umum letak jawatan presiden JMM
Azwanddin Hamzah mengumumkan peletakan jawatan sebagai Presiden Jaringan Melayu Malaysia (JMM) berkuat kuasa hari ini. - Gambar fail/BERNAMA
Datuk Azwanddin Hamzah mengumumkan peletakan jawatan sebagai Presiden Jaringan Melayu Malaysia (JMM) berkuat kuasa hari ini.
Jawatan itu akan diisi oleh Ahli Majlis Tertinggi JMM Azlan Johar, 57, berkuat kuasa esok setelah 13 tahun Azwanddin mengemudi badan bukan kerajaan (NGO) berkenaan.
"Pemilihan Azlan bagi mengisi jawatan presiden telah dibincangkan dua bulan lepas dalam mesyuarat jawatankuasa JMM. Saya harap beliau akan melaksanakan tugas dengan penuh amanah demi kepentingan Melayu dan Islam," katanya pada sidang media Majlis Pelancaran Sejahtera Melayu anjuran JMM di sini hari ini.
Sementara itu, Azlan yang juga bekas pemain bola sepak kebangsaan berkata beliau akan menyambung legasi ditinggalkan Azwanddin, 47, dengan jujur dan amanah kepada ahli JMM.
"Selepas tamat Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan, JMM merancang menjelajah ke seluruh negara bagi menambah ahli baharu dalam persatuan ini," katanya.
JMM, yang ditubuhkan pada 2008, bermatlamat memartabat serta mempertahan hak-hak istimewa orang Melayu seperti termaktub dalam Perlembagaan Malaysia dan mempunyai 5,000 ahli berdaftar di seluruh negara.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#jaringan melayu malaysia
#letak jawatan
#NGO
#pemilihan
#Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan