awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
21 Orang Asli ditahan bantu siasatan kes ceroboh tanah Sultan Pahang
Hasil lawatan PM India, kluster tibi antara tumpuan Dewan Rakyat
Baik dan kaya, dua ciri penting lelaki idaman Ameera Khan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

'Babah sangat menjaga kesihatan dan selalu berjoging' - Anak Ishsam

Dewi Nur Harasha Alias
Dewi Nur Harasha Alias
22/02/2025
15:58 MYT
'Babah sangat menjaga kesihatan dan selalu berjoging' - Anak Ishsam
Isteri ADUN Ayer Kuning Perak Ishsam Shahruddin, Rozlita Abdullah (tengah) bersama ahli keluarganya menunggu di Jabatan Perubatan Forensik Hospital Pulau Pinang. - Foto BERNAMA
GEORGE TOWN: Anak kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ayer Kuning Ishsam Shahruddin, Muhammad Iszul Imadi, 32, berkata bapanya seorang yang mementingkan penjagaan kesihatan dan tidak mempunyai sebarang penyakit.
Beliau yang ditemui di Jabatan Perubatan Forensik Hospital Pulau Pinang berkata kali terakhir dia bertemu dengan bapanya pagi tadi sebelum bertolak ke Pulau Pinang untuk bermain bola sepak.
Katanya, Allahyarham bapanya tidak menunjukkan apa-apa perubahan dan petanda luar biasa.
"Pagi tadi dia okay saja, tak ada sakit apa-apa pun. Dia memang main bola dan hari-hari joging tanpa ada masalah kesihatan. Dia hari-hari joging dan bersukan," katanya.
Menurut Muhammad Iszul, dia berada di Ipoh sebelum segera bergegas ke HPP bersama ibunya, Rozlita Abdullah, 55.
Jenazah Allahyarham Ishsam akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Rapat Setia di Ipoh, Perak 10 pagi Ahad.
Terdahulu, Astro AWANI melaporkan Ishsam, 58, rebah dan tidak sedarkan diri kira-kira jam 5.20 petang ketika bersalaman dengan pemain di tepi padang sempena Kejohanan Bola Sepak 4 Penjuru Piala Ketua Menteri Pulau Pinang di Stadium Bandaraya.
Beliau dikejarkan ke hospital sekitar jam 5.40 petang selepas menerima bantuan kecemasan di padang.
Bagaimanapun, beliau disahkan meninggal dunia di Jabatan Kecemasan Hospital Pulau Pinang pada jam 6.28 petang.
Topic Berkaitan
#ADUN Ayer Kuning
#Ishsam Shahruddin
#Muhammad Iszul Imadi
#jaga kesihatan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan