awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Trump kecam persembahan Bad Bunny di Super Bowl LX: “Antara yang terburuk..."
21 Orang Asli ditahan bantu siasatan kes ceroboh tanah Sultan Pahang
Hasil lawatan PM India, kluster tibi antara tumpuan Dewan Rakyat
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bacaan kali kedua, ketiga RUU Mufti dibentang pada sidang Parlimen - Mohd Na'im

Bernama
Bernama
11/10/2024
04:26 MYT
Bacaan kali kedua, ketiga RUU Mufti dibentang pada sidang Parlimen - Mohd Na'im
Mohd Na’im berucap pada Majlis Pelepasan Konvoi Misi Jelajah Peduli Ummah: Sejahtera Insam Al-Falah di Dataran Jakim, Kompleks Islam Putrajaya, hari ini. --fotoBERNAMA
PUTRAJAYA: Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na'im Mokhtar mengesahkan Rang Undang-undang (RUU) Mufti (Wilayah Persekutuan) 2024 akan dibentangkan untuk bacaan kali kedua dan ketiga pada sidang Parlimen yang bermula 14 Okt ini.
"Kabinet telah bersetuju agar RUU Mufti ini dibentangkan untuk bacaan kedua dan ketiga dalam sidang Parlimen kali ini.
"RUU ini bertujuan untuk memperkukuhkan institusi kefatwaan di Wilayah Persekutuan Putrajaya, Kuala Lumpur, dan Labuan," katanya kepada media selepas menyempurnakan Majlis Pelancaran dan Pelepasan Jelajah Peduli Ummah: Sejahtera Insan Al-Falah yang dianjurkan Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim) di sini, hari ini.
Sebelum ini, media melaporkan bahawa bacaan pertama RUU Mufti (Wilayah Persekutuan) 2024 telah dilakukan pada Julai lepas. RUU ini merupakan satu daripada tiga RUU berkaitan hal ehwal Islam yang dibentangkan untuk tujuan pindaan.
RUU Mufti (Wilayah Persekutuan) 2024 antaranya untuk memberi takrifan kepada Ahli Sunnah Wal Jamaah yang sudut akidahnya bersumberkan aliran Al-Asyairah dan Al-Maturidiah.
Mohd Na'im juga berkata bahawa RUU Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 (RUU 355) tidak akan dibentangkan pada sesi Parlimen kali ini.
"Tiada perbentangan RUU 355 pada sesi Parlimen minggu depan, dan buat masa ini belum ada keputusan mengenainya," katanya.
Pada Julai lepas, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dilaporkan berkata pindaan terhadap RUU 355 tidak akan dilakukan secara terburu-buru, sebaliknya perlu mempertimbangkan pandangan daripada semua pihak berkepentingan.
RUU 355 bertujuan untuk meningkatkan bidang kuasa Mahkamah Syariah, yang kini terhad kepada denda maksimum RM5,000, penjara sehingga tiga tahun, atau sebatan enam kali, kepada bidang kuasa yang lebih luas mengikut syariah, kecuali untuk hukuman bunuh.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Mohd Na'im Mokhtar
#RUU Mufti
#RUU 355
#Parlimen
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan