awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kerajaan perkukuh penguatkuasaan e-waste melalui pendekatan keseluruhan negara - KSN
Jumlah kemalangan di Sarawak perlu langkah keselamatan lebih kukuh
Malaysia perbaiki kedudukan ke-54 dalam Indeks Persepsi Rasuah 2025
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bahasa Melayu harus terus dimartabatkan

Hilmi Malik
Hilmi Malik
26/10/2018
20:00 MYT
Bahasa Melayu harus terus dimartabatkan
Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) telah dipertanggungjawabkan melaksanakan program penyelidikan dan inovasi menerusi inisiatif ini.
Golongan intelektual dan profesional negara harus membudayakan Bahasa Melayu sekiranya ia ingin dijadikan sebagai bahasa dunia dan perlu dikembangkan pada masyarakat global.
'Inisiatif 108' di bawah Kementerian Pendidikan menjadi platform bagi memertabatkan Bahasa Melayu.
Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) telah dipertanggungjawabkan melaksanakan program penyelidikan dan inovasi menerusi inisiatif ini.
Menterinya, Dr Maszlee Malik berkata usaha itu perlu dilaksanakan secara tidak langsung menjadikan DBP lebih ampuh dan kukuh.
"Pikullah tanggungjawab ini dengan serius kerana ini ialah mandat daripada Kementerian Pendidikan sendiri yang dipertanggungjawabkan secara khusus ke atas DBP," katanya di sini, Jumaat.
Justeru, ujarnya DBP perlu menjadi institusi ilmu yang hebat dan berusaha menjadi sebuah pusat kecemerlangan Bahasa Melayu.
"DBP perlu menjadi hab penyelidikan dan inovasi Bahasa Melayu dunia yang menjadi penggerak program berkaitan bahasa sastera dab budaya Melayu," katanya.
Teks ucapan beliau dibacakan oleh wakilnya, Datuk Jamel Rakon, Timbalan Ketua Setiausaha Pengurusan Kementerian Pendidikan ketika merasmikan Seminar Kebangsaan Penyelidikan dan Inovasi di ibu negara.
Topic Berkaitan
#Bahasa Melayu
#DBP
#Dewan Bahasa dan Pustaka
#Kementerian Pendidikan
#Maszlee Malik
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan