awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Lokasi tanah runtuh diisytihar kawasan bencana, satu PPS dibuka
PDRM umum pertukaran 11 pegawai kanan
Saman fitnah: Rita Rudaini perlu fail pembelaan 6 April
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bahrain musnahkan 74 peluru berpadu, 92 dron Iran sejak Sabtu

Bernama
Bernama
04/03/2026
04:17 MYT
Bahrain musnahkan 74 peluru berpadu, 92 dron Iran sejak Sabtu
Markas Besar Tentera Bahrain menegaskan bahawa semua sistem pertahanan kekal bersedia sepenuhnya pada setiap masa untuk menghadapi sebarang ancaman. - Gambar/ Agensi

Kerajaan Bahrain mengumumkan bahawa sistem pertahanan udaranya berjaya memusnahkan 74 misil dan 92 dron Iran sejak Sabtu, lapor Agensi Berita Emiriah (WAM).

Dalam kenyataan yang disiarkan Agensi Berita Bahrain (BNA), Markas Besar Tentera Bahrain menegaskan bahawa semua sistem pertahanan kekal bersedia sepenuhnya pada setiap masa untuk menghadapi sebarang ancaman.

Ia menggambarkan penggunaan misil balistik dan dron untuk menyasarkan kemudahan awam dan harta persendirian sebagai pelanggaran terang-terangan terhadap undang-undang kemanusiaan antarabangsa dan Piagam Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, terutamanya prinsip pembezaan dan kesepadanan.

Ia menekankan bahawa serangan yang bersifat musuh itu merupakan ancaman langsung terhadap keamanan dan keselamatan serantau.

Markas Besar itu menyeru semua orang untuk kekal berada di rumah dan tidak keluar kecuali dalam keadaan yang amat perlu, sambil mematuhi tahap berhati-hati tertinggi untuk memastikan keselamatan diri.

-- BERNAMA-WAM

Topic Berkaitan
#Perang Iran-Israel 2026
#Konflik Timur Tengah Terkini
#Operasi Epic Fury
#Bahrain
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan