awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Empat termasuk dua pensyarah ditahan bantu siasatan rasuah projek penyelidikan IPTS
Israel serang jambatan dan landasan kereta api digunakan IRGC
MTEN teliti kesan krisis tenaga global, fokus lindungi rakyat - PM
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

BAJET 2015: Perkenal insentif cukai untuk amalan jimat tenaga

Bernama
Bernama
05/10/2014
02:03 MYT
BAJET 2015: Perkenal insentif cukai untuk amalan jimat tenaga
Amalan penjimatan tenaga juga membolehkan pemilik perniagaan dan isi rumah merancang dan menganggar jumlah penggunaan elektrik serta mampu meningkatkan pengurusan tenaga harian
Pakar pengurusan tenaga global, Schneider Electric, berharap kerajaan memperkenalkan insentif dan memperluas rebat cukai elektrik kepada pemilik perniagaan dan isi rumah yang mengamalkan penjimatan tenaga, dalam Bajet 2015.
"Kami harap kerajaan akan menyokong kempen kecekapan dan perancangan tenaga. Amalan jimat tenaga secara meluas akan membantu Malaysia mencapai pertumbuhan mampan.
"Inisiatif ini juga menunjukkan komitmen dalam memanfaatkan sebaiknya tenaga kita dan menekankan perlunya pengurusan tenaga di negara ini," kata Presiden peringkat negara Soo Pow Leong dalam kenyataan pada Sabtu.
Pelaksanaan satu siri insentif cukai akan menggalakkan syarikat untuk meningkatkan kecekapan tenaga bangunan masing-masing, katanya.
Menurutnya lagi amalan penjimatan tenaga juga membolehkan pemilik perniagaan dan isi rumah merancang dan menganggar jumlah penggunaan elektrik serta mampu meningkatkan pengurusan tenaga harian.
Topic Berkaitan
#Bajet 2015
#Pakar pengurusan tenaga global
#schneider electric
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan