awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
AKPS jumpa PM esok, bentang syor tangani kontena e-waste
Kebakaran hutan di Puncak Jalil libatkan hampir sehektar, operasi pemadaman masih dijalankan
Kebakaran hutan di Puncak Jalil sebabkan kesesakan teruk
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bakal anjur ‘showcase’ di Qatar April ini, Ella teruja tiket hampir ‘sold out’

Gempak
Gempak
11/03/2026
10:22 MYT
Bakal anjur ‘showcase’ di Qatar April ini, Ella teruja tiket hampir ‘sold out’
Ella memaklumkan pelaksanaan 'showcase' tersebut bergantung kepada perkembangan kemelut yang berlaku di Asia Barat ketika ini. - Foto Gempak
RATU rock negara, Ella meluahkan rasa teruja kerana bakal mengadakan showcase di Qatar pada April ini.
Walau bagaimanapun, pemilik nama Nor Zila Aminuddin ini memaklumkan pelaksanaan showcase tersebut bergantung kepada perkembangan kemelut yang berlaku di Asia Barat ketika ini.
“Saya akan mengadakan satu showcase di Qatar atas jemputan yang dibuat sebuah organisasi Malaysia.
“Mereka menjemput saya untuk membuat persembahan di sana pada 26 April depan. Tiket semua dah hampir terjual.
“Tetapi bergantung juga kepada kemelut yang berlaku di Asia Barat ketika ini. Kalau penerbangan ditunda, saya kena terima,” katanya kepada Gempak.
Ella berkongsi perkara tersebut ketika ditemui di Majlis Berbuka Puasa Rockqueen Bersama Anak-Anak Yatim Dan Ibu Tunggal Rumah Kebajikan Hajah Kamariah yang bertempat di The Saujana Hotel, Kuala Lumpur pada Selasa.
Berkongsi mengenai showcase tersebut, pelantun lagu Retak ini memaklumkan bahawa dia bakal menyanyikan 15 buah lagu buat penonton yang hadir.
“Saya sangat tak sabar nak buat persembahan di hadapan penonton di sana sebab suasana yang berbeza, kan?
“Untuk showcase itu nanti saya akan menyanyikan kira-kira 15 buah lagu.
“Jadi doalah agar kemelut di sana berhenti,” ujarnya. -- Gempak
Topic Berkaitan
#Ella
#showcase
#Qatar
#tiket sold out
#konflik Asia Barat
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan