awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
1.16 juta isi rumah terima manfaat inisiatif Bank Makanan sejak 2020 - Armizan
Cadangan pengeluaran Akaun 2 melalui i-Lindung sedang diteliti - MOF
Ibu Ida Nerina meninggal dunia akibat sakit tua
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

BAM beri amaran kelab dakwa kaitan palsu

Bernama
Bernama
11/03/2026
13:58 MYT
BAM beri amaran kelab dakwa kaitan palsu
Persatuan Badminton Malaysia (BAM) menasihati orang ramai supaya lebih berhati-hati dan memastikan kesahihan program latihan sebelum menyertainya, susulan laporan mengenai beberapa kelab yang didakwa membuat tuntutan palsu kononnya mempunyai kaitan dengan
Persatuan Badminton Malaysia (BAM) menasihati orang ramai supaya lebih berhati-hati dan memastikan kesahihan program latihan sebelum menyertainya, susulan laporan mengenai beberapa kelab yang didakwa membuat tuntutan palsu kononnya mempunyai kaitan dengan badan induk itu.

Dalam kenyataan hari ini, BAM memaklumkan ibu bapa perlu mengesahkan sebarang dakwaan hubungan rasmi sebelum mendaftarkan anak-anak atau membuat sebarang pembayaran kepada pihak terbabit.

“BAM dimaklumkan mengenai beberapa program latihan dan kelab badminton yang mendakwa atau memberi gambaran mempunyai kaitan dengan BAM.

“BAM ingin menegaskan bahawa program dan kelab berkenaan tidak bergabung, tidak disokong serta tidak dibenarkan oleh BAM,” menurut kenyataan itu.

BAM turut menasihati mana-mana pihak yang didapati memalsukan afiliasi dengan BAM atau menggunakan logo badan itu tanpa kebenaran supaya segera menghentikan dakwaan atau penggunaan berkenaan.

“BAM memandang serius penyalahgunaan nama dan reputasinya serta berhak mengambil tindakan sewajarnya jika perlu.

“Bagi pengesahan program rasmi BAM, orang ramai boleh merujuk saluran komunikasi rasmi BAM,” menurut kenyataan itu.

-- BERNAMA

Topic Berkaitan
#Persatuan Badminton Malaysia
#BAM
#kelab
#palsu
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan