awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
4 ketua bahagian Bersatu Johor, Ronald Kiandee hilang kepercayaan terhadap Muhyiddin
Kajian Harvard dapati AI tingkatkan produktiviti, tetapi hanya untuk seketika
Kanak-kanak perempuan enam tahun rentung kebakaran rumah di Tambunan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bandar di Sarawak perlu tanam lebih banyak pokok - Abang Johari

Bernama
Bernama
23/10/2025
20:15 MYT
Bandar di Sarawak perlu tanam lebih banyak pokok - Abang Johari
Abang Johari berkata usaha itu seharusnya menjadi sebahagian daripada perancangan bandar, khususnya dalam mewujudkan persekitaran bandar yang lebih hijau dan mampan. - Foto BERNAMA
KUCHING: Lebih banyak pokok perlu ditanam di bandar seluruh Sarawak bagi membantu mengurangkan jumlah karbon dioksida di kawasan berkenaan.
Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata usaha itu seharusnya menjadi sebahagian daripada perancangan bandar, khususnya dalam mewujudkan persekitaran bandar yang lebih hijau dan mampan.
Beliau berkata Sarawak dianggap bertuah kerana kaya dengan sumber hutan semula jadi berbanding banyak tempat di dunia yang terpaksa mengimport pokok untuk landskap bandar mereka.
"Di tempat lain mereka mengimport pokok, tetapi kita mempunyai banyak pokok di hutan yang boleh ditanam semula di bandar-bandar kita. Apabila bandar kita menjadi lebih hijau, pokok ini membantu menyerap karbon melalui fotosintesis sekali gus membekalkan kita udara segar.
"Dalam erti kata lain, bandar perlu dirancang dengan cara ia boleh mengekalkan keseimbangan antara pelepasan karbon dan penghasilan oksigen," katanya ketika berucap pada majlis perasmian Persidangan Antarabangsa ke-11 mengenai Asia Rendah Karbon (ICLCA) di sini pada Khamis.
Abang Johari berkata perancangan bandar juga perlu memberi keutamaan kepada kemudahan rekreasi hijau dan sistem saliran yang berkesan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#bandar di Sarawak
#tanam pokok
#Premier Sarawak
#Abang Johari Tun Openg
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan