awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
21 Orang Asli ditahan bantu siasatan kes ceroboh tanah Sultan Pahang
Hasil lawatan PM India, kluster tibi antara tumpuan Dewan Rakyat
Baik dan kaya, dua ciri penting lelaki idaman Ameera Khan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Banduan Indonesia yang lari dari tahanan, ditahan semula

Bernama
Bernama
24/02/2015
06:49 MYT
Banduan Indonesia yang lari dari tahanan, ditahan semula
Banduan berusia 35 tahun itu ditahan pada pukul 12.50 tengah malam sewaktu sedang bersembunyi di sebuah ladang kelapa sawit. - Gambar Hiasan
Banduan warga Indonesia yang melarikan diri ketika mengemas peralatan khemah dalam setor Jabatan Penjara Kluang, ditahan semula di ladang kelapa sawit Kahang Barat, tengah malam tadi.
Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Daerah Kluang, ASP Mohamed Sazif Mohamed Subri berkata banduan berusia 35 tahun itu ditahan pada pukul 12.50 tengah malam sewaktu sedang bersembunyi di kawasan itu.
"Tempat dia bersembunyi itu hanya berjarak 10 kilometer dari Jabatan Penjara Kluang dan dia ditemui dalam keadaan hanya memakai seluar panjang, manakala baju penjaranya yang berwarna hijau pula sudah dibuang," kata beliau yang dihubungi Bernama, di sini hari ini.
Berikutan itu, polis telah membuka satu kertas siasatan di bawah Seksyen 223/224 Kanun Keseksaan kerana kesalahan melarikan diri daripada tahanan serta kecuaian mengakibatkan tahanan melarikan diri.
Kehilangan banduan yang berketinggian 157 cm itu, disedari pegawai penjara kira-kira pukul 10 pagi semalam dan ekoran itu, usaha untuk mengesannya giat dijalankan di setiap pintu masuk dan keluar daerah termasuk di terminal pengangkutan awam.
Topic Berkaitan
#banduan
#Indonesia
#Johor
#Kluang
#penjara
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan