awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Konflik Asia Barat: Malaysia perlu amal diplomasi bijak, urus hubungan perdagangan - Anwar
Pemandu maut tercampak, lori terbakar
Krisis tenaga global: Hasil kutipan semula RM15.5 bilion bantu tambung subsidi - PM
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bangunan runtuh selepas kebakaran di Glasgow, perkhidmatan tren terjejas

Bernama
Bernama
09/03/2026
05:39 MYT
Bangunan runtuh selepas kebakaran di Glasgow, perkhidmatan tren terjejas
Kebakaran meletus di sebuah kedai vape di Union Street di pusat bandar Glasgow dan merebak ke bangunan berhampiran yang kemudian runtuh sebahagiannya ketika anggota bomba memadamkan api. -Gambar Reuters
Sebuah bangunan runtuh sebahagiannya berikutan kebakaran besar berhampiran Stesen Sentral Glasgow di Scotland pada Ahad, memaksa penutupan stesen kereta api paling sibuk di negara itu dan menyebabkan gangguan meluas terhadap perkhidmatan tren, lapor Xinhua yang memetik media British.
Kebakaran meletus di sebuah kedai vape di Union Street di pusat bandar Glasgow dan merebak ke bangunan berhampiran yang kemudian runtuh sebahagiannya ketika anggota bomba memadamkan api, menurut BBC.
Network Rail memaklumkan Stesen Sentral Glasgow ditutup "sehingga diberitahu kelak" dan tidak akan dibuka semula pada pagi Isnin sambil perkhidmatan kecemasan terus menangani insiden tersebut.
Tiada kemalangan jiwa dilaporkan, menurut laporan itu. Perkhidmatan kecemasan menggesa orang ramai supaya menjauhi kawasan itu dengan kepungan didirikan di jalan-jalan sekitar dan orang ramai berkumpul untuk melihat kebakaran.
Siasatan punca kebakaran masih dijalankan.
-- BERNAMA-XINHUA
Topic Berkaitan
#kebakaran Glasgow
#Stesen Sentral Glasgow
#Union Street
#kebakaran kedai vape
#runtuhan bangunan
#gangguan tren
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan